Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


credit to iluvislam untuk kad raya nie

Salam mukadimah kepada semua followers dan kawan2 ku..dah lama aku tak update blog..tuan tanah nie benornya malas sesangat nak update dan menaip n3..bertambah plak dengan kerja yang banyak..membuatkan aku malas nak menghapdet..
Ramadhan dah sampai ke penghujungnya..Syawal bakal menjelang tiba beberapa hari lagi. Di waktu aku menaip n3 nie..aku berada di Kuantan lagi..outstation minggu terakhir sebelum raya...kenapa..coz tuntutan kerja aku membuatkan aku terpaksa berjauhan dengan hubby dan my lil princess NiNa..OMG..i'm really missed both of u so much..tak sabar nak tunggu petang nak berangkat pulang ke Kay Ell..berada bersama2 di samping mereka berdua..
Selalunya..minggu2 terakhir ramadhan nie..mood raya dah mula datang dan menusuk ke kalbu..tapi pada aku..kenapa aku tak merasai nya seperti tahun2 lepas..walaupun persiapan sudah dibuat..tapi mood tak seperti selalu..apapun..aku bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga aku yang tercinta dan family kedua2 belah aku dan hubby..
Kepada yang mengenali diri ini..di kesempatan yang mulia ini..aku menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang disedari atau tidak...keterlanjuran kata terkasar bahasa, terngumpat, terngata, sakitkan hati..aku mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan..
Mata kadang2 salah melihat, mulut kadang2 salah berucap, hati kadang2 salah menduga..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa..maafkan atas segalanya..
Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup mohon maaf dan ampun untuk kata yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan...semoga di ampunkan dosa, di berkati, di rahmati dan diredhai Allah swt...
Kepada semua sahabatku, followers aku di blog, friendster, facebook dan lain-lain lagi..aku mengucapkan Selamat Hari Raya, halalkan makan dan minum..maaf zahir dan batin...
Semoga Syawal kali ini memberi kenikmatan dan keceriaan kepada anda semua..
ikhlas dari hati yang tulus dari kami sekeluarga Atie, Pian dan NiNa..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

No comments:

Daisypath Anniversary Years Ticker