Thursday, December 24, 2009

long weekend..

esok cuti panjang..what my plan..?tonite..we're going off to Kuantan balik kampung aku...hehehe seronotnya..dapat jumpa semua..kali nie all family berkumpul..what a havoc la nanti..mesti meriah..hajat nak buat post-celebration birthday nina dengan family x celebrate lagi..masa on birthday...celebrate dengan kawan2 nya..abg ajeem, alya, zayyad and nina..tp x tau la jadi ke tidak..apa pun nanti aku hapdet yer..
just a few days ago..aku mendapat berita yang gembira..alhamdulillah...apa berita gembira tue..nanti aku cerita yer..nak cerita skang nie..panjang lebar la plak..maleh nak type en3 panjang2..huhuhuhu...
update pasal dak tecit NiNa plak..sekarang NiNa dah masuk 1yr 1mnth 24 days..means..dah nak masuk setahun dua bulan..sekarang NiNa dah dapat kaki..kemain laju lagi berjalannya..dah nak berlari plak..semakin hari semakin notti..penat mama ngan abah melayannya...dia dah pandai geleng2 kepala..kalau kasik susu..kalau dia tanak dia akan gelengkan kepala. dah pandai tekan/mencabut barang2 terutama sekali kalau dok lam kereta..dia pandai tekan aircond button, cabut aircond adjustment(kalau kereta proton wira dorang tahu la apa benda tueh..kikikiki..), bukak dashboard, change channel kat remote astro..hadui..macam2 lagi la dia pandai buat.mulut tue dah semakin bising..ske bebel sensorang..ntah apa bahasa daa yg dicakapnya..mama pun x paham..layan kan aje..dah pandai marah plak skarang nie..jgn sesekali amik barang2 yg ada pd tangan dia..atau larang dia buat sesuatu yang dia suke..haaaa siaplah..di amuknya..sungguh garang anak mama..(menurun perangai mamanya kot)..kaylah..nanti aku hapdet lagi pasal dak tecit Nina yer..kalau ada new development..
ari nie kat ofis..semua jadi tikus..bos tarak..yihaaa...yibaaa..yibaaa..angreee..angreee..naka balik awal ari nieh...malam kang nak balik kampung plak..kaylah..choas...adioss...


Thursday, December 17, 2009

Awal Muharam - selamat tahun baru


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


credit to Syed Ashadi blog for this doa.


Monday, November 23, 2009

SaLam Eidul Adha


kepada semua umat Islam selamat menyambut hari raya AidilAdha..semoga kalian semua bergembira di hari yang mulia..tingkatkan pengorbanan suburkan keikhlasan..

Ikhlas dari Pian.Atie.NiNa


Wednesday, November 11, 2009

Fever & Measles


masa nie nak senyum pun susah..


moyok jek badan x sehat..x active since demam sian nina..


1st day demam


3rd day fever..dah okay sket dah boleh main2 ngan cousin dia

NiNa not fully recovered from fever..last week ari Khamis NiNa start demam. The 1st day tue bawak pergi klinik kesihatan kat sg besi temperature badan dia panas sangat adalah sangat tinggi 39.5 degree. after nurse tue tembak kat dahi amik temperature then dia kasi syrup soh kasik nina makan.badan dia panas sangat. 2 hari aku terpaksa EL coz NiNa demam tinggi sangat. aku kene monitor dia. the 3rd day tue dah okay sket..dia dah boleh aktif dan main2 ngan cousin dia...on 4th day..badan Nina dah start naek merah2. aku suspect dia kene campak...the day before Nina demam tue dia ada checkup..seperti biasa..1 year..kene cucuk MMR (Measles, mumps and rubella). masa aku checkup tue tanya nurse..baby boleh demam x cucuk MMR nie..nurse cakap biasanya tak demam...but NiNa antibodi x kuat gamaknya..lepas cucuk terus demam..and terus kene campak (measles)...until today...still have measles..mama kasik minum air kelapa hope campak keluar cepat sket. kaki tangan badan muka semua dah ada..just kepala jek aku tak nampak lagi..luckily..babysitter Nina sanggup jaga dia masa kene campak..kalau tidak mama terpaksa bercuti jaga NiNa..until fully recovered...hopefully..she will get well soon..cepat2 sembuh yer anak mama...



Monday, November 9, 2009

today...

today..am @ UIA..new project..new environment..new job tasking..new pressure..what else..??dun't know how's my life going on here..still new to me..long life journey..everyday travelling..driving..penat dowh..alangkah bagusnya kalau ada driver antar aku g keje n balik keje..hahaha..bila la tu agaknya..???
update pasal my baby Nur Salikin Amanina..already 1 year on 1st November..dah pandai macam2 sekarang..panjat memanjat..but right now..nina demam..last week demam 3 ari..then semalam start badan naik bintik2 merah..am suspected kene demam campak..sian my baby..after cucuk MMR terus kene campak..hope my baby get well soon..


Wednesday, October 14, 2009

hari-hari di UMP..

hari  nie aku kat UMP lagi..esok dan lusa...dan seterusnya..rindu kat nina ngan hubby..x sabar aku nak tunggu projek kat sini nak abis supaya aku tak perlu outstation ke sini lagi..module yang aku pegang..almostly nak close..tinggal user training ngan final acceptance..and deployment..nie adalah bahasa IT..hanya mike2 yang berkerjaya dalam bidang IT jek yang paham terms2 nie..hahaha...bila dah sampai ke penghujung2 nie..rasa lambat sangat nak abis..nak tutup buku kat sini..n bukak buku baru..buku baru..tatau lagi dekat mana..adakah aku terus bermastautin di ofis @ Cyberjaya..atau..di sepak di tendang cam bola ke mana projek seterusnya..dengar2 kabar..lepas nie projek kat UIA..aduss...jauhnyaaa..huwaaaaaaa masak aku nak g kerja hari2..meredah jam lam lautan bandar kolumpu tueh..bosaaannn...rasa nak resign tang2 nie jugak bila dapat projek jauh2 nie..kene travel lagi...sejauh berapa postcode aku pun tatau la..redha jek la..selagi aku di IKCM nie..selagi tu lah kerja aku akan di attach ke company project...

Tuesday, October 6, 2009

cerita tentang raya

alhamdulillah..hari nie dah masuk 17 Syawal umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Tahun nie turn balik Pahang beraya dulu..so means..itu kampung ana lah..hehehe..dis year beraya ber3 lah..sama itu ana punya anak la NiNa..apa daa..tetiba jek cakap ala2 abg ramlee daa..haha..okaylah..tahun nie kami ber3..x cam tahun lepas..aku terboyot2 bawak perut..dak tecit NiNa tue lam perut lagi..tahun lepas..aku balik beraya ke Kelantan jek kg hubby..so tahun nie ke kampung aku dululah..then baru balik Kelantan. Aku gerak balik Pahang ari Sabtu..nasib la x jem mana sangat..jammed kat heway Karak jek..cam biasalah..then dah masuk LPT tue..jalan clear..just banyak kereta berpusu-pusu nak balik ke destinasi masing-masing termasuk la aku sefamily dan kaklong aku. Aku konvoi sekali ngan kaklong aku balik ke Pahang...oh yer lupa plak..tahun nie family aku beraya di rumah baru..di Indera Sempurna. Parents aku baru jek pindah ke situ..almaklumlah rumah sendiri..bulan puasa ari tueh parent aku pindah ke sana..ponat jugaklah..nak ngemas rumah..tau2 jek la..bila dah pindah randah nie..at last tercapai jugak hasrat emak aku nak beraya kat rumah sendiri..kalau tidak tahun2 sebelumnya..kuarters bomba tue lah kami beraya..so tahun nie special sket..coz beraya kat rumah sendiri..

1 Syawal - 1st Hari Raya

pic 1st hari raya
Aku sefamily, kaklong sefamily dan parents aku termasuk adik aku..kami beraya sekitar Kuantan jek..gie rumah maklong kakak sebelah mak then tak gie memana dah lepas tue..lepak2 rumah jek tunggu tetamu datang..lepas gie rumah maklong tue..then maklong anak beranak plak ke rumah family aku..hehe berbalas kunjungan plak...family aku biasalah 1st hari raya mmg beraya sekitar kuantan jek..coz tahun nie pun ayah aku tak dapat cuti so x kemana la kami sefamily...

2 Syawal - 2nd Hari Raya

pic hari raya ke-2 before ke Pekan

Pagi2 lagi dah bersiap kerana selalunya raya ke-2 akan balik kampung mak aku kat Pekan..nak tahlil kubur arwah Aki...then destinasi seterusnya ke rumah sedara-mara sepupu sepapat sebelah mak aku lah plak..ada lah 2 3 bijik rumah jugak kami beraya..rumah Pak Itam, then pergi rumah AyahLong Zahar di Temai..then barulah balik semula ke Pekan ke rumah makngah Ain ngan maktih Senah..aka..tailor baju kurung aku..lama jugak la kami kat situ..then lepas Asar baru gerak balik Kuantan...masing2 sampai rumah dah kepenatan..malam tue aku, hubby ngan kaklong keluar kejap g Giant..nak cari lauk untuk memasak..raya2 jugak..tapi perut tetap nak makan nasi..hubby plak..tingin nak makan ikan masin..kat rumah plak takde stok ikan masin..so terpaksa la g cari kat Giant..walaupun x sesedap mana pun ikan masin yg jual kat Giant tue.. :( sampai kat rumah masak ala kadar jek..sekadar alas perut..

nina wif cousin Tasha ngan Bella

3 Syawal - 3rd Hari Raya
Destinasi raya ke-3 plak ke Muadzam Shah rumah Umi ngan Abah..yang nie memang satu-satunya mak sedara and ayah sedara yang paling rapat..kami adik beradik dah anggap cam mak ngan ayah sendiri..tiap2 tahun memang akan ke sini beraya..menu cam biasalah..akn direquest..Nasi Tomato..memang marvellous nasi tomato makcik aku nieh..sampai menjilat jari makan..hehee..lama jugak kitorang kat sana..lepas Asar baru balik ke Kuantan..sampai di Kuantan terus ke rumah PakNdak plak di Cenderawasih..then lastly ke rumah makcu..adik bongsu mak..huh..fenattttttttt...satu hari suntuk beraya..balik sampai rumah terus membongkang tidor..kepenatan...hihihi..

4 Syawal - 4th Hari Raya
hari raya ke-4 baru aku gerak balik ke Kelantan..kampung hubby..balik kampung hubby tak beraya ke mana pun..coz raya pun dah masuk hari ke-4..balik sana..jumpa MIL and pergi beraya sekitar kampung jek..sedara mara hubby ramai kat kampung..so memang tak berjalan ke mana lah kami..nak keluar..nak ke bandar..memang bercinta la musim raya nie..jalan semua jammed..even nak ke KB pun jammed..tak kose nyah nak meredah jammed berejam-rejam..semata2 nak gie beraya..baik dok umah lagi bagus..hahaa...hari Sabtu baru kitorang gerak balik KL..awal2 pagi lagi dah bertolak ke KL untuk ngelak jammed..alhamdulillah..jalan clear sesangat..what ever..tahun nie punya raya..memang aku happy..coz balik beraya di kedua2 kampung..

Wednesday, September 30, 2009

back to normal

setelah lama bercuti dis week dah kembali bertugas semula..wah ayat skema seyy..hahaa..tugas..tugas..sedang menantiku...dowhh!!banyak kerja nak kene siap by end of September..sempat ke..?bak kata bos 'Do or Die?' ayat yang betul2 menjerat diri sendiri..mood raya still ada..nak buat kerja pun malas...lepas raya nie pun aku still travel lagi KL-KUANTAN-KUANTAN-KL..waaa penatnya..begitulah seadanya..selagi tugas ku di UMP nie belum selesai..bila nak abisss daaaa...ponat dah makcik..low mood nak buat kerja..update blog kejap..hehee..nanti aku hapdet pasal citer raya yer..choww...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri


credit to iluvislam untuk kad raya nie

Salam mukadimah kepada semua followers dan kawan2 ku..dah lama aku tak update blog..tuan tanah nie benornya malas sesangat nak update dan menaip n3..bertambah plak dengan kerja yang banyak..membuatkan aku malas nak menghapdet..
Ramadhan dah sampai ke penghujungnya..Syawal bakal menjelang tiba beberapa hari lagi. Di waktu aku menaip n3 nie..aku berada di Kuantan lagi..outstation minggu terakhir sebelum raya...kenapa..coz tuntutan kerja aku membuatkan aku terpaksa berjauhan dengan hubby dan my lil princess NiNa..OMG..i'm really missed both of u so much..tak sabar nak tunggu petang nak berangkat pulang ke Kay Ell..berada bersama2 di samping mereka berdua..
Selalunya..minggu2 terakhir ramadhan nie..mood raya dah mula datang dan menusuk ke kalbu..tapi pada aku..kenapa aku tak merasai nya seperti tahun2 lepas..walaupun persiapan sudah dibuat..tapi mood tak seperti selalu..apapun..aku bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga aku yang tercinta dan family kedua2 belah aku dan hubby..
Kepada yang mengenali diri ini..di kesempatan yang mulia ini..aku menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang disedari atau tidak...keterlanjuran kata terkasar bahasa, terngumpat, terngata, sakitkan hati..aku mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan..
Mata kadang2 salah melihat, mulut kadang2 salah berucap, hati kadang2 salah menduga..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa..maafkan atas segalanya..
Untuk itu izinkan kedua tapak tangan bertangkup mohon maaf dan ampun untuk kata yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan...semoga di ampunkan dosa, di berkati, di rahmati dan diredhai Allah swt...
Kepada semua sahabatku, followers aku di blog, friendster, facebook dan lain-lain lagi..aku mengucapkan Selamat Hari Raya, halalkan makan dan minum..maaf zahir dan batin...
Semoga Syawal kali ini memberi kenikmatan dan keceriaan kepada anda semua..
ikhlas dari hati yang tulus dari kami sekeluarga Atie, Pian dan NiNa..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, September 2, 2009

:: no title ::

bagaimana harus ku luahkan..rasa nak menjerit jek..aduduuu..tension betul la...stress..what else..bosan..keje banyak..workload bertambah..apakahhhhhhhhhhhh?????? push sana push sini..aku rasa nak gulingkan semua orang...hahahahaa..dear...wake me up when until September end...do or die???

update..setelah lama bersawang...

dak tecit duk lam car seat on the way nak g rumah babysitter dia..

rindunya kat dak tecit nie..wajah kesayangan hamba..but right now..it's far away from me..oh my god...i really missed her so much..terpaksa tinggalkan dak tecit tue ngan Abahnya..aku outstation for 3 days @ UMP Kuantan..boleh ker NiNa tgl ngan Abah dia..lama plak tue..3 hari???boleh ke dia mandikan Nina, buat susu nina, tidorkan NiNa..jawapannya..absolutely YES!..abah dah berjaya jadi 'MR MAMA'..everyday Abah akan update perkembangan nina pada mama..sian abah mesti penat jaga nina sorang2...dah le tengah notty sekarang nie...huwaa...lambatnya nak balik..nak peluk cium NiNa..rindu bangetttttttt..apakan daya..kerja aku..workload aku kat UMP nie tak abis2 lagi..kene on off ke Kuantan..arghh..bohsan!dah tutup cerita pasal kerja..cerita lain plak..

nie update pasal dak tecit NiNa plak..semalam 1 hb genap dak tecit tu 10 bulan..cepat jek masa berlalu..dan cepat jugak aku rasakan NiNa membesar depan mata aku..skarang nie..macam2 dia dah pandai..panjat sana panjat sini..merangkak, menyusur kat tepi kerusi, mengutip lagi la pandai..pastu masuk lam mulut..jadi vacuum cleaner kat rumah haku..berjalan jek x pandai lagi..berat sangat agaknya kaki tu nak melangkah..penat tue mmg penat..nak kejar dia sana sini tapi aku happy..coz dak tecit tue dah pandai2 macam2 and right now..mmg masa and perhatian pada dia tu lebey..coz dia dah pandai segala sudut...dah tumbuh gigi 2 batang sebelah bawah..dah penah jatuh katil..dah pandai nak mengemas barang2 kat rumah...a.k.a. buat sepah..pantang nampak kertas..mulalah..di keronyot and masuk lam mulut..dah pandai marah2 kalau rampas barang2 yg ada pandai tangan dia..tersangat la aktifnya..dak tecit NiNa nie..kalau aku dukung..bukan gheti nak duduk diam..dipanjatnya plak badan kita..adui laa..macam2...

Ramadhan dan persiapan raya..
Sedar x sedar dah masuk minggu ke-2 kita semua berpuasa..Alhamdulillah..tahun nie aku berkesempatan lagi berpuasa bersama hubby and of coz my lil princess tue..bila masuk bulan Ramadhan nie biasalah..rutin aku seperti biasa masak untuk sahur, kejutkan hubby bangun sahur...masak untuk berbuka? tidak sama sekali..life living @ KL nie..kalau bulan puasa nie..juadah berbuka adalah juadah di Bazaar Ramadhan...mmg tak sempat nak masak untuk berbuka..makan ala kadar jek..mana yang terdaya telan dek anak tekak..itulah hubby and aku akan makan..so masa untuk memasak adalah weekend saja..walaupun balik kerja awal..kul 5 tapi masa abih kat atas jalan raya jek..dengan jammed nya...arghh tensi-tensi...so mmg tak sempat la nak memasak...sempat tak sempat..masak nasi jek..hahahaha...

tahun nie raya meriah coz kami dah ber3..cam tahun lepas..aku berdua ngan hubby and my lil princess lam peyut lagi..hehehehe..so tahun nie..persiapan raya banyak pada anak dara aku sorang tue..tahun nie juga dapat beraya di rumah sendiri..walaupun raya balik kg aku or hubby :p ... persiapan raya alhamdulillah..semua keperluan aku, abah and nina dah dipenuhi..weekend baru2 nie..mmg sakan aku pergi shopping..cuti panjang lak tueh..and kebetulan plak family aku turun kay ell...so kitowang satu family g panjat shopping complex nak shopping..hahahahaa..dari Sogo ke One Utama Jusco...argh..banyaknya umat manusia kat Sogo..nak memilih barang pun sipi-sipi jek..adoyai...tue lah dia..orang dah start membeli keperluan untuk raya..dan begitu seterusnya setiap tahun...g Jusco plak..sib baik jugak la orang x ramai..so legalah sket..hehehe...kepada semua Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa..semoga Ramadhan kali ini memberi harapan dan sinar baru lam kehidupan kita semua..

To all my frank yg ada singgah and melawat blog nie..sorry la..bukan tamo hapdet..tapi tersangatlah malas nak type en3..ditambah plak beban kerja yang banyak..nie pun ada tagged yang tidak berjawab lagi..kepada tuan mengetag tue..nanti2 ada masa mama nina update kay! Kaylah..nak sambung wat kerja plak..curi2 masa jap nak hapdet blog pagi nie..lepas sahur tadi x tido..coz ada kerja nak settlekan..karang kul 10 pagi ada review plak..adoyai...kerja oh kerja...lalalala hari2 kerja..lalala..kerja kerja...


Tuesday, August 11, 2009

NiNa vs aJeeM vs AdaM

last sunday..unplanned xtvt..dapat call dari sue ummi ajeem..erin ada kat kl..dia nak jumpa aku ngan sue..so sue tanya aku nak jumpa kat mana..masa dapat call tue aku ngah siap2 nak keluar lunch kat Pantai Dalam...aku cakap kat sue..y not jumpa kat Pantai Dalam la..lunch sekali..?Okay set..kata sue..nanti aku confirm balik ngan ko..aku nak set ngan erin plak jumpa kat Pantai Dalam...x lama tue aku call erin tanya dia kat mana..aku call sekali dia baru kat Tg Malim daa..ayo yo..lambat lagi mau sampai..n dia pun ada program lain lu..nak g jumpa client Waq then nak g umah Mel & Adlin antar album wedding dorang..okay aku cakap kalau camtue..pape hal nanti ko gtau la..kita nak jumpa kat mana.Aku call balik Sue..x jadi jumpa kat Pantai Dalam coz Erin lambat lagi sampai..just nanti update kat mana je lah nak jumpa..lepas makan kat Pantai Dalam..pickup kaklong aku kat lrt Universiti then after that terus gerak g IOI Mall Puchong..kaklong aku nak shopping baju raya anak2 dia..lam kul 5 lebey camtue aku gerak balik rumah..at the same time aku update tanya Erin kat mana..still kat umah Mel..so aku cakap jumpa kat rumah aku je lah..lam kul 6 camtue Erin sampai serentak ngan Sue..aku tak sempat nak buat apa..just beli nugget jek goreng buat tetamu..hihihi....aci arrr...
okay cerita pasal Adam plak..Adam..waaa..sangat lah besar..kalau di bandingkan ngan Ajeem..2 x ganda ngan ajeem..hihihi..masa sampai rumah tue..Adam lena tido..Ajeem..cam biasalah..hero malaya..hehee..NiNa plak..kepenatan satu hari berjalan..sib baik tak meragam..coz x cukup tido..around kul 7 camtu dorang semua gerak bali..coz ada program masing2..aku plak nak balik Kuantan malam tue..

minggu-minggu yang sangat busy

diz week schedule aku mmg pack giler..almost everyday ada session ngan user..adoyai..bila la nak abis..penat dah..workload makin lama makin banyak..tak terkejar rasanya..mana satu nak capai..esok ada testing plak ngan user..lusa ada review..tulat ada FAT..final testing with Bendahari..aduh duh duh...semoga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku melunaskan segala tanggungjawab aku sebagai pekerja..

kabar dari selatan

last day aku dapat sms dari besfren aku masa sekolah dulu..sms yang betul2 mengejutkan aku n am speechless bila aku baca sms dia..
my frend : as'kum, bz ke? atie aku dah bsalin tp baby aku mngl pas 5 hari lahir.
me : wasalam..ooo yer ker..takziah dari aku...bila ko bsalin?n kenapa bb meninggal?
my fren : Aku dah bsalin 6hb July pas, act aku dah pengsan kt umah coz blood pressure dah tinggi sangat. Aku bsalin pun emergency coz nak kuarkan baby. Baby meninggal coz ada complication.
me : aku speechless bila baca sms ko.mesti ko still bersedey lagi atas pemergian anak ko.lagi plak 1st baby..apapun..banyak2 kan berdoa dan bersabar yer..just to know..baby apa? gurl or boy?
my fren : baby boy, actually..family aku mmg excited bila tahu aku dapat baby boy. yela adik beradik aku kan semua perempuan. Aku masuk ICU sbb koma 2 hari..

kalau korang sendiri baca sms tue mesti korang turut bersedey jugak..yer la dah la 1st baby plak tue..tp Tuhan lebey sayangkan dia..apapun..semoga kawan ku tabah menghadapi dugaan hidup..dan kembali hidup seperti biasa..almost 10 - 12 years jugak aku tak berjumpa ngan member aku nie..just keep in touch with sms and phone call..semoga roh-Nya dicucuri rahmat..Amin..

Tuesday, August 4, 2009

THE ICE MORE BACTERIA THAN TOILER WATER

70% of the time
You’d think toilets were full of bacteria, right?

Well, 12-year-old Jasmine Roberts, a smart 7th grade student in Tampa, Florida hit
upon a startling discovery as part of her winning science fair project.
She compared the ice used in sodas and other drinks with the water from the
toilet bowls in the same fast food restaurants. She was shocked by the results.
The ice served in soft drinks and other beverages at fast food restaurants had
more bacteria than water from the same restaurant’s toilet! Not only that, but 70
percent of the time, the ice had more bacteria than the toilet water.
Jasmine had the water tested at a lab at the H. Lee Moffitt Cancer Center, where
she volunteers with a USF professor. Ice in three of the five restaurants tested
positive for fecal coliform or E. coli, organisms that come from the feces of warmblooded
animals!
As the Tampa newspaper pointed out, symptoms, “related to the presence of
coliform include cramps and diarrhea. E. coli can cause intestinal illness and, in
rare cases, hemolytic uremic syndrome, a serious kidney condition.”
“I thought there might be a little bacteria in the ice, but I
never expected it to be this much,” Jasmine told the
Tampa Bay News, “ And I never thought the toilet water
would be cleaner.”
Therefore as a safe option lets drink boiled or warm
water for safe health
Source: Taken from Fast Food News, Posted by Connie Bennet, in the Sugar Shock Blog.
Prepared by Performance Improvement Unit, CSD

notes nie aku credit from one of my friend kat FB..nak share ngan korang..semer..renung-renungkanlah...

Aksi NiNa..





saksikan sendiri aksi2 ganas NiNa..adui la sekarang dah pandai memanjat plak..penat aku..semalam masa nak tido..aku bergusti ngan NiNa..sebab dia main..panjat sana panjat sini..sakit badan2 aku..nak tidorkan dia..dia plak sibuk nak main..



NiNa injured

nie gambar dak tecit yang injured kat tepi mulut dia sebelah kiri..panjang plak tue calarnya..ai anak dara mama sorang nie..noti betul..NiNa telah mencederakan diri sendiri..hehehehe..benornya..muka dia tue calar sebab kene gelang tangan dia..masa dia tido..sedar2 tetiba jek dia nangis masa tengah tido malam semalam..lam kul 1 pagi camtue..nape plak..pelik gak aku..tetiba jek nangis..aku pun pelik..selalu dia tido tak penah lak dia nangis camtue..aku lam keadaan mamai..tepuk2 NiNa pastu NiNa pun tidur balik..pagi esok bangun tengok dapat lah parut tue kat muka dia..siannya dia...dah tak comey anak dara mama sorang nie..

Saturday, August 1, 2009

life is go on...

camne aku nak mula aku pun tatau..n3 nie agak touching sket..semalam adalah hari2 terakhir seorang member aku di tempat kerja aku..member aku dari zaman study, then jadi colleague aku..dan kawan outing family..we're very closed even kat luar kerja pun..sedey gak aku bila dia nekad amik keputusan nak resign.aku memahami perasaan dia sebagai seorang staff di company nie..aku tahu apa yang dia rasa..cuma nasib aku tak sama macam dia..rezeki aku mungkin di sini tapi bukan dia..kalau aku di tempat dia..aku jugak akan mengambil keputusan yang sama..alhamdulillah..rezeki dia di tempat lain..bagi aku kehidupan perlu diteruskan..aku akan menghabiskan sisa-sisa aku di sini..selagi terdaya..biarpun kadangkala aku rasakan bebanan kerja yang terlalu banyak..tapi ini adalah punca rezeki aku..rezeki family aku..untuk meneruskan kehidupan..akhirnya air mata aku jatuh jua..setelah dia berjumpa dengan aku dan bersalam buat kali terakhir sebagai seorang teman sepejabat..aku tak mampu menahan air mata once kami berpelukan antara satu sama lain..almost 3 years aku menjadi colleague dia..banyak suka duka yang kami hadapi...hanya mereka yang tahu..padamu wahai sahabatku..semoga dirimu beroleh kejayaan di tempat baru..walaupun bukan teman sepejabat lagi..tapi kita still keep in touch together..

Friday, July 31, 2009

cerita pagi nie...

pagi nie on the way aku nak pergi keje..ada plak accident kat simpang IM dekat ngan kolej shahputra..kemalangan maut..OMG..masa aku lalu polis dah ada tambah plak ngan traffic jam..sib baik la bukan jalan on the way aku nak g kerja..accident di arah bertentangan...aku slow kan kereta..tapi tak berhenti okay...xde masa nak tgk...masa aku lalu tengok mayat dah terdampar kat atas jalan..dengan berlumuran darah..tapi polis dah tutup dengan kain putih so tak nampak sangat la keadaan mayat tue..accident yang melibatkan motor..mesti motor tu laju..coz aku tengok motor tue hancur..kat atas jalan..tapi tak perasan plak accident ngan kereta ke apa..aku rasa mesti meninggal serta merta...coz kedudukan mayat tue ngan motor agak jauh..beberapa meter dari tempat kejadian..moral of the story...berhati-hatilah di jalan raya semasa memandu...termasuk peringatan untuk diri sendiri..

Thursday, July 30, 2009

Minggu sakit mata

gambar nie aku snap masa nina sakit mata last week..sian dia..3 ari kene sakit mata..mana taknya..memula yang kene anak buah lelaki aku boboy..pastu berjangkit kat kakak Caca ngan adik dia Bella pastu kat nenek ngan atuk dia..then NiNa..makde dia..last sekali baru aku..abis satu rumah kene sakit mata..termasuk la aku..sib baik la aku tak teruk..setakat mata merah camtue jek..yang teruk nenek ngan atuk dia la..sampai sekarang tak baik lagi..luckyly..abah NiNa balik last week..sib baik la tak berjangkit..kalau tak tatau la..dengan abah dia kene sakit mata..last week banyak storyteller yang aku nak story..next n3 okay..


Tuesday, July 28, 2009

7 things...

7 ciri wanita/lelaki idaman anda:
1. Penyayang
2. Caring
3. Beriman
4. Ada sense of humor
5. Hormati kedua ibu bapa/mertua
6. Bertanggungjawab
7. Love me hingga hujung nyawa..
** All 7 Things about my lelaki idaman goes to my hubby.

7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup:
1. Ayah aku kerana aku sungguh mengagumi kesabaran dia dalam membesarkan dan mendidik aku sehingga aku menjadi apa yang aku ada sekarang.
2. Emak aku kerana membesarkan aku dengan penuh kasih sayang.
3. Ada sorang mamat aku admirer masa aku study dulu...
4. Brad Pitt sebab ada good looking and hensem kot hiihihi..
5. My dearest sister Kaklong aku..aku mengagumi dia kerana ketabahan dan kesabaran dia dalam membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.
6. My lovely daughter NiNa yang menjadi buah hati pengerang jantung aku setiap hari.
7. My almost and dearest hubby yang akan hidup bersama aku sehingga ke akhir hayat.

7 perasaan sekiranya anda keluar dengan seseorang yang anda minati:
1- Malu
2- Segan
3- Happy
4- Berdebar-debar pun ada gak kadang2 tue..coz kita dating ngan orang yang kita minati
6- excited
7- menghitung hari bila nak sampai time g dating hehee...

7 barangan/sesuatu istimewa yang ingin anda hadiahkan pada pasangan anda:
1- First sekali kalau diberi kesempatan aku nak bawak hubby gie tengok live game Arsenal kat Stadium Emirates..itu adalah impian dia.
2- Nak hadiahkan hubby jersey Arsenal original made hehehehe..
3- Kalau jalan2 ngan hubby..kalau dia ternampak kereta Toyota Estima lalu..mesti dia cakap.."bila la nak pakai nie..?"..kalaulah aku mampu nak hadiahkan kereta tue kat hubby alangkah bahagianya hidup..tapi bila tue tak tahu lah..
4- Nak hadiahkan hubby handphone baru..handphone yang ada tue tunggu masa jek nak say goodbye..
5- Nak tambah zuriat penyambung kasih kami berdua..kalau diberikan rezeki nak baby boy supaya leh geng ngan hubby g main futsal..but hadiah yang nie..lambat lagi lah kot..hihihi..
6- Nak belikan hubby Laptop supaya senang dia nak buat bisness insurance yang dia tengah buat sekarang..tak payah nak usung thumbdrive ke hulu ke hilir..
7- Nak ajak hubby g honeymoon ke tempat yang paling indah..since aku ngan hubby nie sejak kawin tak penah g honeymoon lagi..kesian kan..coz..kawin jek terus dapat dak tecit NiNa tue..

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda:
1- Because You Loved Me by Celine Deon
2- I Love You by Celine Deon
3- Kekasihku by Siti Nurhaliza
4- Wonderful Tonight by Eric Clapton - walaupun lirik lagu nie ditujukan kepada kaum wanita..but aku nak jugak nyanyi kat hubby aku..
5- Truly Madly Deeply by Savage Garden
6- I Knew I Love You by Savage Garden
7- I Will Always Love You by Whitney Houston

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini:
1- Mama Amieda
2- Mama Rayyan
3- Wani Husin
4- Nani
5- sesiapa yang sudi nak jawab lam list cerita kengkawan aku silakan
6- sesiapa sahaja yang singgah kat blog aku
7- ???? aci tak?

Monday, July 27, 2009

Doa seorang insan..

Alhamdulillah..aku masih di beri kesempatan hidup di atas muka bumi..menjadi seorang insan yang berguna..ibu kepada seorang puteri yang comel dan isteri kepada seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang..Ya Allah..semoga kau berkati kehidupan perjalanan hidupku..dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi diriku dan keluargaku..Selamt ULangTahun yang ke -28 ...

Monday, July 20, 2009

Happy Birthday Story..

18 July 2009 birthday akak aku yang ke-33. Dah tua rupanya akak aku sorang nie..tapi still maintain..jiwa muda..hehee..neway Happy Belated Birthday to my dearest sista'. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Semoga kebahagiaan akan sentiasa mengiringi dirimu dan anak-anak dan dipermudahkan segala urusan di atas muka bumi ini. Terlalu banyak peristiwa pahit yang dirimu lalui. Semoga dirimu menjadi seorang insan yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupanmu dalam membesarkan permata hati yang sentiasa berada disisimu ketika susah dan senang. Masa aku type n3 nie akak aku sekarang berada di China atas urusan kerja. A very busy woman akak aku sorang nie..dia aktif BAKAT lam NAVY..jadi pengiring kepada datin2 nie memang penat sikit la. 4 hari 3 malam ada kat sana. Anak2 dia terpaksa lah dicutikan seminggu coz..anak2 buah aku tamo tinggal kat U-Kids nursery dorang. So terpaksa la dicutikan selama seminggu..bawak balik Kuantan duduk ngan nenek dorang..hehe..malam b4 akak aku berangkat ke China tue kitorang gathering satu family makan kat Restoran Dulang Kg Baru ..coz flight akak aku kul 630 dari KLIA...18th July 09. .so nak celebrate on that day tak sempat dia dah berangkat ke China.

Family aku sampai dari Kuantan lam kul 9 lebey camtue..aku ngan hubby tunggu kat tol gombak..then kitorang terus gerak g Kg Baru...at least dapat jugak la bersama satu family walaupun sekejap. Dah siap2 makan semua lam kul 12 camtue kitorang pun gerak balik..anak dara aku pun dah ngamuk2 nak tido..mengantuk sangat..mana taknya..jauh berjalan dari Kuantan ke KL..kikikiki..nak dijadikan cerita boleh plak beg baju NiNa tertinggal kat Kuantan. Mak aku teringat beg baju dia masa dah lepas tol Gambang..tu pun sib baik gak aku kol ada kat mana..adik aku cakap nak patah balik coz beg baju NiNa tertinggal..aku cakap tak payah lah..alang2 dah jauh sangat nak patah balik..aku decide belikan jek baju untuk NiNa 2-3 cukup lah..sehelai sepinggang la anak dara aku tue..balik KL takde baju..hehehehehe..hari nie dalam sejarah betul..kikikiki..okay back to story..lepas antar akak aku balik Mindef..kitorang geak balik rumah aku..masing2 dah kepenatan..aku drive bawak balik kereta Kancil coz nak bawak balik Kuantan. Naik satu kereta tak muat plak..lebih muatan. sampai rumah aku..masing2 dah mengantuk terus tertidur semua..termasuk lah dengan aku....ZzzzZZZzzzzZZzzz...

to be continued...weekend yang memenatkan..



Friday, July 17, 2009

:: caLLing for my heart ::

Rindunya kat anak dara aku sorang tue..NiNa..waktu aku type n3 ni... aku dah ada kat kay ell..but my lovely princess.. i've to leaving NiNa with nenek..aku terpaksa rush balik kl malam tadi..today ada urgent matters hahaa..urgent sangat..hehehe..i've to do so..cuba nasib..kalau ada rezeki adalah..but the point is..bukan rezeki aku lagi buat masa nie..ada rezeki tak kemana..lambatnya nak menanti malam..rindu sesangat kat NiNa..nie masuk kali kedua aku pisah ngan dia..first dulu masa NiNa 5/6 bulan camtue..gile jap aku dibuatnya..2 hari aku tinggalkan NiNa ngan mak aku..nenek dia..after that NiNa demam teruk..dengan aku2 sekali demam..n then this 2nd time aku tinggalkan dia..huwaaaaaaaaa...x sanggup rasanya...okay back to the story..neway aku nak apdet sket pasal anak dara aku sorang tue...hehe..

NiNa now dah 8 months 2 weeks..apa yang dia boleh buat..nie antaranya..:-
  • Dah boleh duduk tanpa sokongan..x payah susah2 mama dia nak pegang..
  • Dah pandai angkat montot nak merangkak..
  • Dah pandai agah orang nak suruh main ngan dia..lebey suke kalau kita main cak-cak ngan dia..siaplah dengan gaya sekali dia buat..
  • Pantang nampak benda2 halus depan mata..mulalah nak mengutip masuk mulut...
  • Kuat makan skarang nie..pantang tengok orang makan mulalah mulut dia kumat kamit nak jugak..tapi makanan dia lah..biskut farley's tue sekali hadap sampai dua..and then dah pandai makan nasi..kalau aku suap nasi..mesti abis dia makan..
  • favourite things dia adalah..handphone..nampak handphone cepatnya tangan dia nak mencapai..sedaya upaya dia akan usaha nak mengambil nya..
  • NiNa akan ralit kalau nampak commercial break kat TV..entah apa yang menarik minat dia..aku pun tatau..
  • Dah pandai pegang botol sendiri tapi malassssnyaaa ya amat...adus la anak dara aku nieh..
  • Kat bawah nie antara2 aksi yang dia dah pandai buat skarang nie..jom layan..




Wednesday, July 15, 2009

Al-Fatihah...

mesti korang pelik kan ngan tajuk n3 aku tue dah lama tak hapdet blog tetiba jek title n3 Al-Fatihah...bukan aku saje taknak apdet blog..banyak benda sebenarnya aku nak story...tp lately nie malas sangat nak type n3..so berkubur jek la hasrat tue..paling kurang pun jadi draft jek la lam list posting aku..hehehe..
Malam 14 July 2009..mak dapat call dari Umi mengatakan yang Wan Ngah aku dah menghembuskan nafas terakhir jam 1030 malam..Innalillah...aku tak terkejut sangat dgn berita permergian arwah..coz ari ahad tue aku satu family rushing balik KL tengok Wan Ngah aku kat Seri Kembangan..area Taman Equine. Pagi Ahad tue terima call dari Umi mengatakan...yang Wan Ngah keadaan nya agak tenat...baru-baru nie WanNgah warded kat Putrajaya Hospital 10 hari coz disahkan mengidap bengkak hati...masa aku datang melawat ari tue..keadaan mmg agak sedey coz...kaki semua dah bengkak and sembap..perut buncit...tak sanggup rasa aku nak tengok..aku dapat bayangkan betapa peritnya WanNgah menanggung kesakitan..memandangkan umur WanNgah yang dah lanjut..10 hari warded kat hospital..doktor tak buat anything pun..so all the son's and daughter decide nak bawak balik ke rumah..doktor benarkan..maybe doktor dah tahu yang hayat Wan x lama agaknya..that's y dorang tak buat pape pun..mengikut cerita anak bongsu arwah,aku panggil Cik 'Ah sebenarnya penyakit arwah ni datang balik..dulu pernah sekali kena masa tahun 2004 x silap aku...tapi batu lam hempedu tak dibuang coz keadaan tidak mengizinkan kerana usia dah lanjut..that's why penyakit tue datang balik coz batu still ada lam hempedu...rezeki kami satu family dpt tengok arwah buat kali terakhir..selang dua hari dapat berita yang arwah telah pergi buat selama-lamanya...Amin...arwah selamat dikebumikan pukul 1 tengahari hari Rabu di Masjid Seri Kembangan..semoga Allah mencucuri rahmat ke-atasNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Al Fatihah...




Wednesday, July 1, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan? Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya. Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun. Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam. Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Artikel nie my hubby yang send kat aku thru' email. So aku nak share ngan korang semua. Semoga mendapat pengajaran darinya..sama-samalah kita...


Sunday, June 14, 2009

NiNa with my hubby's niece Nadia

Gambar nie aku snap masa 1st day sampai kampung..dah besar dah Nadia..almost 4 months x jumpa..Nadia dah nak merangkak..dah pandai nak angkat montot..nak merangkak..NiNa plak baru2 nak belajar..nak angkat montot malas..hehe berat badan agaknya..

n3 kali nie nak hapdet pasal balik kampung hubby last 2 weekend..on 060609..kebetulan balik sana ada opismate kawin on that day..so boleh la pergi..kenduri kawin kat Melor, KB...samapi KB around lam kul 2.00 ptg..masa sampai rumah panten tue..panten x bersanding lagi..tengah get ready tunggu panten laki sampai..hehehehe..so aku pun g makan dulu..around kul 3 lebey camtu kitorang gerak balik KK..lepas panten dah bersanding..lam kul 4 lebey camtu baru sampai kg hubby..adus penat...sib baik la jalan x jem..coz balik ikut Pahang..kalau balik ikut Kay Ell tu tatau le bila sampai..aku kat kampung sampai ari Isnin..Selasa pagi dah gerak balik Pahang semula..amik AL 2 ari..Alhamdulillah..balik kali nie..NiNa okay..tak nangis2 dah cam masa mula2 balik dulu..hehee..baik dah anak mama..lagipun NiNa dah besar..mana leh nangis..takde xtvt sangat aku balik kampung hubby..musim panas..siang tak yah cakap la..panas sepanasnya..x hujan dah berapa ari..kesian kat NiNa la..abis badan naik ruam2..kulit dia tak tahan kalau panas..mesti naik ruam..aku sendiri pun tak tahan panas..niekan plak budak kecik..hurmm...kali nie balik x gie memana pun..duk rumah jek..just gie bandar Kuala Krai..beli beras yg mak kirim..mak kalau tiap kali aku balik Kelantan mesti kirim beli beras..hehehe...hajat nak gie KB gak..tapi..memandangkan musim cuti sekolah nie..and ada kawan hubby cakap..KB jammed cam balik raya..terpaksa lah lupakan hasrat nak gie sana..malas..nak meredah jammed lagi..huhu..x rela I..hua hua hua..kaylah..sampai kat sini jek ler..len kali hapdet plak yer..







Friday, June 12, 2009

my baby you....

as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone
my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground
i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all
i feel so alive

n3 nie aku tujukan kat hubby tersayang..tatau kenapa bila dengar lagu nie aku teringat kat hubby..miss him so much..nina also missing you...i knew that u also missing both of us...i know how do you feel when both of us far from you...

Daisypath Anniversary Years Ticker