Friday, November 29, 2013

Go Green With Shaklee

I'am Shaklee Independent Distributor
SID: 1083869
Email : norhasnawati@gmail.com
PM/Whatsapp : 0122625147

Sunday, February 3, 2013

Wedding Anniversary

February 02 2013...

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang 5 tahun bermacam dugaan dan rintangan yg kami hadapi. Alhamdulillah kami masih lagi teguh bersama atas ikatan yang terjalin ini. Di usia lima tahun kami dikurniakan dua orang puteri yang comel dan semakin membesar. Di usia mereka seawal ini betul2 mencabar dalam membesarkan mereka berdua. Semakin petah bercakap, berkata-kata dan selalu jugak bergaduh dan bertengkar adik beradik. Us as a parents , perlu bijak dalam menangani segala masalah. To us, aku bermohon agar ikatan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa serta sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Berikan lah kami petunjuk dalam membetulkan kami ke jalan yang Kau redhai..dan berikanlah kami kehidupan yang baik atas landasan yang Kau redhai Ya Allah...kuatkanlah iman kami dan jauhi lah kami dr segala kemungkaran. Amin Ya Rabb...

To my beloved hubby..i'am always love <3 you till my breath end...kadangkala aku bukan wanita dan suri yang sempurna di mata mu sayang..seringkali dan adakalanya lalai dalam menunaikan tanggungjawab..semoga dirimu dapat membetulkan apa yg silap dan salah..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang jahat itu datang dari diri kita sendiri...

Friday, January 25, 2013

2013 is coming

New beginning year with my daughter preschool. She turn to 5 this year.. I've been looking for a Islamic kindy for her finally we decided to enrolled her here Brainy Bunch Islamic Montessori focus on the Montessori method not academic... Hopefully she will be fine here... Insyaallah...
#BBIM Kelana Jaya

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 1433H

Alhamdulillah...aku masih lagi di beri kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun nie..Syukur ku kepada-Nya kerana masih diberi peluang bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Rutin di bulan Ramadhan yang mulia ini sudah tentulah berubah. Bangun seawal pagi menyediakan juadah untuk bersahur..dan sebelah petang plak juadah untuk berbuka..tahun nie berazam juadah untuk berbuka xnak beli kat Bazaar Ramadhan..masak sendiri jek..tatau la setakat mana yang termampu tue..dah masuk Ramadhan yang ke 5 alhamdulillah..x pernah membeli lagi lauk-pauk di bazaar...menikmati juadah berbuka masakan sendiri. Kalau membeli pun kueh-mueh dan air jelah...okaylah..just quick update on the 'Holy Ramadhan'..

Buat teman² rakan seperjuagan di luar sana..ku tujukan lagu nie untuk anda semua..semoga kita semua dapat melalui Ramadhan dengan sempurna dan penuh bermakna..

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Wednesday, March 21, 2012


Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
 
credit to FB Pages Keindahan-Ciptaan-Allah-Taala..  
 
Sama² lah kita membetulkan kesilapan dalam mendidik anak² di zaman yang cukup mencabar sekarang ini..peringatan untuk diri sendiri juga agar anak menjadi anak yang soleh dan solehah kepada kedua ibubapanya..Amin..

Thursday, July 28, 2011

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




:: buat semua yang mengenali diri ini ku hulurkan tangan mohon ampun dan maaf andaikata ada salah dan silap dan terkasar bahasa..semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan Terakhir buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.. ::

Wednesday, July 27, 2011

Happy Birthday to me...


apa motif sebenarnya tepek gambar perfume nie..? neway...semalam 26 of July..that is my birthday...berapa tahun....?? mak dah 3 series noks..cam tak caye jek..Alhamdulillah...ku panjatkan doa syukur atas kurniaan-Nya kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..di usia yang menginjak dewasa ini..ku berdoa dan berharap semoga kehidupan aku dirahmati dan diberkati oleh-Nya disamping keluarga dan orang² tersayang..and that perfume..birthday gift from my dearie husband..thank you so much dear...mmmuaaahhhxxx...

special thanks to my dear hubby Saupian Mohamad Noor & my BFF Suzana Husin & family, Saliza Mohamed Ali & husband, Fazliana Yusof & family, Haniza Aina & family, Nur Sazila & family for the surprise birthday celebration at Jemari Thai Cuisine Kelana Jaya last nite..have a wonderful moment with uols last nite..♥♥♥♥ thank you so much my friends..


Wednesday, July 13, 2011

: :Andai ku Tahu : :

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

bila ku hayati bait² lirik lagu nie sebenarnya memberi peringatan kepada kita semua termasuk diri aku sendiri..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T... kita sebagai hambaNya seharusnya sentiasa bersedia..tidak esok..tidak lusa...kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan..sesungguhnya aku belum bersedia..Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...andai ku tahu....

Thursday, July 7, 2011

My dearest princess

My dear Princess Aqilah turns to 11 months..today...dah besar anak mama...a month to go..u'll turn to 1 my dear princess...mama sayang adik so much ♥♥♥♥♥ 


layan latest gambar my dearie Aqilah..






Friday, April 1, 2011

:: No TiTLe ::

dah lama rasanya aku tak merepek kat blog nie..almost a year tak hapdet any story..malas nak type n3 occay!!tulah sebenarnya..so dis is my 1st entry for 2011..dah 4 bulan berlalu...April datang lagi..i love April..why...? Hari nie genap setahun aku di tempat kerja aku sekarang..kejap jek rasanya..Alhamdulillah..rezeki bertambah2 di tempat kerja sekarang..untuk anak2 jugak yang semakin membesar..on April jugak..my dearest hubby birthday..any planning...hurm tatau lagi..tatau nak plan apa lagi...date dah cantik tue birthday hubby jatuh hari Ahad..on 17 April..maybe i think about it..how and where to celebrate..hehehehe...my kids now..getting older..NiNa dah 2 tahun 5 bulan sekarang..and my lovely cinonet dah nak masuk 8 bulan..kejap jek rasanya..cepat betul anak-anak mama membesar..membesarkan anak2 di kota nie memang banyak cabaran...semoga Allah beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapinya..

-Quick Update-
NiNa dah pandai bercakap sekarang...adalah 2 3 suku kata yang keluar dari mulut dia..sangat2 la noty...kadang2 suka buat adik dia..geget la..pukul adik dia..haishhh..kadang2 boleh dibuat kawan adiknya..elok main sama-sama..tue time mood sebagai kakak datang la kan..sangat susah nak makan nasi...kalau bagi makan nasi ngan lauk..confirm lauk jek yg dimakan..nasi tak makan..the wording always come out from her mouth is.."mandi tulam..." that's mean nak mandi swimming pool..hai anak mama..kalau boleh hari2 dia nak mandi kolam..x boleh la sayang...hari mama dan abah berkerja..x boleh..just on weekend only...


Qilah..dah nak masuk 8 bulan on 7 April..dah pandai merangkak..exploring her world..mama sangat2 la penat nak mengejar nya..she's start mengutip benda2 halus yang ada kat lantai..then masuk mulut..alahai anak mama...and now  dah start belajar nak duduk plak..gigi..?? tak tumbuh lagi..suka makan bubur..kalau kasi makan tue...confirm masuk  4 jari dia makan sekali...hahaha..sangat comot occay!! tak suka duduk dalam walker..kalau letak dia lam walker..bout 15 -20 min..sure dia menjerit2 nak keluar..x suka dikurung camtue..dia lebih suka meniarap macam askar nerayap satu rumah..tempat febret dia suka dok kat ceruk meja makan..kat situ ada cabel plug yang Abah dia selalu charge phone..kalau dia hilang dr pandangan mama...mama dah tahu nak carik kat mana..hehehe...situlah perginya...


kaylah..tunggu next update plak..ntah bila la yerk..ari nie saja gatal tangan nak hapdet blog...kaylah..nak buat kerja plak..
Daisypath Anniversary Years Ticker