Wednesday, February 18, 2009

aku menjawab yang perlu menjawab persoalan...

aku telah di tagged oleh umi ajeem a.k.a sue ... tengoklah apa dia dah suruh aku buat...hua hua hua

tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

maka...inilah dia jawapan kepada persoalan itu...

1. Saat ini aku selalu fikirkan tentang orang yang paling aku sayang..my dearest hubby, my little princess NiNa, family dan diri aku sendiri...tanpa mereka semua siapalah aku..

2. aku seorang yang berjiwa sensitif..mudah tersentuh kalau aku lihat kesedihan@kesusahan orang lain...

3. perangai yang tak bley hilang dari dulu sampai sekarang ialah..kalau aku duduk atas kerusi x kira masa makan atau tunggu orang ker...aku mesti goyangkan kaki..tanpa disedari...itu mesti berlaku..kaki tamau duduk diam..

4. aku dikenali orang sebagai seorang yang kurus tinggi..maintain sampai sekarang walaupun dah beranak..huhu jgn jeles kepada mereka2 yang tak berjaya kuruskan badan..selepas ada anak..

5. addicted to nescafe..tiap2 pagi kalau breakfast mesti pekena nescafe satu gelas..segar mataku..

6. aku seorang yang boros..tapi masih boleh saving..hahaha ada rasia camne aku bley saving walaupun boros..

7. kalau orang tak kenal aku..orang akan cakap aku seorang yang sombong..hehehe betul ker..?silap tue..x kenal maka x cinta...

8. aku dikenali dengan 2 nama...Atie dan haSna..kat ofis orang panggil aku hasna..di kalangan kawan2 aku dipanggil atie.. dan kalau family sebelah hubby akan panggil aku dengan nama hujung je.. T...hehee

9. impian aku ingin berjaya dalam hidup..tak kira dalam apa juga bidang yang aku ceburi..berniaga ker..uhhuhu ada bakat ker jadik peniaga...kerjaya..

10. hala tuju hidup sekarang rasanya2 tak dapat achieve 100% lagi..50% jek kot..so lagi 50% tue kene la usaha lebih sket..usaha tangga kejayaan..cayuk cayuk...

11. aku suka makan seafood...huhu pantang nampak udang, sotong,ketam lagi lah....waaaaaaaa sedapnyaaa...

12. cepat marah orangnya..tapi cepat jugak cool..lagi2 kalau marah kat hubby....mesti cepat kool..sebab hubby selalu akan cakap..kalau aku marah muncung aku tue boleh diikat..hahaha..terus cair dibuatnya..

13. aku anak ke-2 dari 3 orang adik beradik...kesemuanya guRL..

14. aku fanatik dengan kasut..dulu koleksi kasut aku tak terkira banyaknya..sampaikan hubby cakap..boley buat kilang kasut..

15. aku sentiasa rindukan2 anak2 buah aku..cha-cha, boboy dan bella...

16. last but not least..aku sentiasa mendoakan kejayaan my dearest hubby, to nina my little princess semoga menjadi seorang anak yang taat pada mama dan abah dan menjadi anak yang solehah..buat mereka yang telah memberi peluang untuk aku berdiri di kaki sendiri sehingga ke hari ini..terutama kepada kedua parents aku..ayah dan emak..


Calon2nya:
1. Kak Elly
2. Kak Ieda
-- hanya nie jek yang sempat difikirkan.. --

Friday, February 13, 2009

last day..

ari nie aku last day kat sini..almost 2 years bermastautin kat sini..dah tiba masanya aku beralih angin..next week aku dah start keje kat tempat baru..environment pun baru..everything is new..hopefully..kat sana more better than before..x larat dah semak kepala otak dok kat sini..huhuhuhu..
semalam balik kerja lepas amik nina kat rumah bbsitter dia..aku bawak dia g klinik..dah 2 3 ari dia selesema + batuk..and yg aku terkejut..suara pun dah lain..x bley jadik nie..kene gak bawak dia g kinik..tido malam nafas bunyi kuat sebab kahak agaknya..dia batuk..sian anak mama..doc check dia..amik temperature ada demam..then check dada semua..doc advise kat aku kalau 2 hari lagi nina x baik gak dia soh g hospital..tgk keadaan dia..kalau dia feeding, poo poo and peee okay..it should be no problem..but if vice versa aku kene bawak dia g hospital...coz lepas consult nina doc cakap paru-paru nina cam ada something (aku pun x paham apa doc tue cakap) sebab tue bila dia breathing bunyi kuat cam ada benda yang tersekat kat dada dia coz dia batuk..adus la anak mama siannya...kebetulan plak aku mmg dah 2 3 ari sakit tekak, selesema so aku pun consult sekali ngan doc tue..check temp ada demam jugak..huhuhu..mama pegang nina mama pun demam sekali..sampai jek rumah lepas aku feedingkan dia terus dia tido..penat agaknya..kat2 kul 12 camtue aku kejutkan dia nak kasik makan ubat..huhuhu 1st time nina demam dan kene makan ubat...leh tahan lah susah gak nak injet ubat lam mulut dia..kene pujuk dulu baru nak makan ubat...masuk jek ubat lam mulut dia..mata dia pun dah mamai mengantuk nak tido..mata aku mmg dah tentu mengantuk nya coz makan ubat selesama..mengantuk tahap gaban aku rasa..tengah malam tu lam kul 2 lebey camtue nina jaga nak feeding..aku touch jek dia nak kasik feeding..oo my god..panasnya..badan anak mama nie..aku kejutkan abah dia..terasa bahang bila aku peluk dia nak kasik feeding..aku soh abah dia basahkan towel then aku lap2 kan badan and kepala nina..hopefully panas badan dia leh kebah..bila aku nak feedkan dia..dia terasa badan aku pun panas agaknya..dia tamau..and nangis..kasik susu fm pun tamau..huwaaa anak mama...aku pujuk2 dia..abah dia pujuk2 dia..lena sekejap..then bangun balik..around kul 4 kot baru dia tido...aku letakkan towel yg basah tadi kat kepala dia..hopefully bangun pagi nanti demam dia dah kurang..alhamdulillah..panas badan nina dah kurang sket..but aku still bekalkan ubat kat bbsitter dia kot2 dia demam balik..pagi nie aku g kerja mamai2 lagi..penangan ubat selesema agaknya plus plak ngan x cukup tido..takpelah..janji anak mama sehat..kaylah nak sambung wt kerja plak..

Tuesday, February 10, 2009

pagi tadi masuk jek ofis sue ym aku..ayat dia lebey kurang camnie laa...''wei..kak mas tanya agak2 ko nak g ump x?" huhuu...waa best2 balik kg sendirik..aku cakap kat sue aku kene tanya hubby dulu..kalau hubby kasik okaylah..baru aku gtau keputusan kat dia..then aku pun call hubby tanya pendapat cane..yerla..lama tue beb 6 bulan aku dok sana..nanti sian hubby kat sini sorang2..lepas dah bincang2 lam tepon tue...hubby kasik aku g sana..dia tak risau sebab family aku ada kat sana..kalau takde family kat sana pikir 2 3 gak..yerlah lagipun anak aku nina kecik lagi baru 3 bulan ++ sian kat dia jauh ngan abah dia..
then pagi tue aku kene called from PM faizal and en amir..to be discussed pasal nak g UMP..currently projek kat sana mmg kekurangan staff..so dorang tengah cari candidate yang sesuai nak pergi sana..dah berdiskusi lebey kurang..hehehehe..aku accept offer pergi UMP..short notice..by end dis week aku dah kene berangkat ke sana..alamak..kerja kat sini tak settle lagi..time2 nak pergi nie la..ada plak kerja yang urgent nak kene settle..adus laa..dugaan betull..disebabkan tuntutan kerja aku buat jugak ler..kalau x nnt susah orang yang akan handover kerja aku nanti..hihihihi..
lunch tue aku call mak gtau..aku kene posting kat sana 6 bulan..waaa betapa gumbiranya mak aku bila dengar aku dok sana lama..yerla..dah tentu leh jaga cucu dia sorang tue..si kecik NiNa..hehehe..aku mintak mak carikan orang nak jaga nina nanti kat sana bila aku g kerja..yang lain xde apa..coz aku akan duduk ngan family..even comp ada sewakan sebijik rumah kat sana.sue ngan ajim n sorang lagi ofismate menginap di situ...just nak pakai kereta jek berulang g kerja..ari isnin dah kene lapor diri kat sana..hihihi..sue nantikan kedatangan aku di sana..semoga di tempat baru nie nanti..ilang la skit stress aku kat tempat sekarang..projek yg never ending story..huhuhuhu...to hubby...sian nanti kene berulang tiap2 weekend turun kuantan..kaylah nak balik dah..hapdet blog kejap sebelum balik..today is so biziness to me..hahaaa..nanti kita sambung lagi story yark..

Friday, February 6, 2009

cerita pasal parking..

tetiba jek rasa rindu sangat kat NiNa..ai anak pompuan aku sorang tue...tue la pengerang jantung penghibur aku dan hubby skang nie..pagi tadi awal pagi lagi dia dah bangun..lepas aku keluar dari bilik air..mandi..tengok mata dia dah bulat dah..jaga dari tidor..abah dia kat sebelah lena lagi tido...time2 aku nak siap g kerja..time tue lah dia bangun..puteri aku sorang tue kalau bangun tido..mesti nak 'nenen'..hihihihi..lepas aku dah siap solat subuh, iron baju dan pakai baju baru aku susukan dia..sementara nak tunggu aku bersiap tue..aku biarkan jek dia men sorang2 dulu..last2 dia dah merengek nak 'nenen'..hehehe...sian NiNa..lama tunggu mama nak 'nenen'..hehehe..

cerita pasal malam tadi..balik dari kerja..sampai kat rumah ada plak makhluk yang tak gheti bahasa parking kat parking lot rumah aku..nie mesti keje 'negro' nie..dorang mmg sesuka hati parking kat parking lot aku tue..dah banyak kali dah..yerlah parking lot aku tue dekat ngan lobby..so senang nak access ke lif...ari sebelum tue pun camtue jugak..ada kereta parking kat parking lot aku tue..huh..x bley jadi nie..aku cakap kat hubby block jek blakang kete dia abah..biar dia rasa...time2 camnie la plak ada orang yang buat hal..dah le 'lorat' nak solat magrib lagi..parking plak ada kereta orang len parking kat situ..aku suruh jek hubby block parking kereta tu...masa nak naik lift tue..aku pasan..ada sekumpulan 'negro' kuar dari lift tue..dia pasan kereta dia kene block..aku ngan hubby buat bodoh jek masa tue terus naik lift..ahhaha padan muka...lebey kurang sejam camtue..guard house ngan mamat 'negro' tue naik ketuk pintu rumah aku..tanya kereta aku ker block parking mamat 'negro' tue..hubby pun turun nak alih kereta supaya mamat 'negro' yang ****** bleh kuar parking..aku dengar dia marah2 kat hubby lam bahasa omputih..dah sejam dia tunggu kat bawah...hubby aku wat dek jek..hahahaa..padan muka negro tue..siap hubby aku jawab.."baru sejam tunggu..." kikiikiii..aku tak turun ler masa tue..coz tengah masak..hubby jek yg turun..kaylah nak sambung wat kerja..borink betul kerja ari nie..huhuuhu

Thursday, February 5, 2009

cuti panjang daaa...

24 January 2009
hari nie hubby dah start cuti..kami akan travel balik kampung..kali nie turn kampung hubby..kelik kelate la pulok..lagipun NiNa tak penah balik sana..jumpa ngan atuk + nenek dia kat sana. Kami memulakan perjalan sewal jam 8 pagi..mulanya plan nak bertolak seawal pagi..tak berjaya..hehee..maklumlah..dah ada anak nie..nak cepat jadi lambat..nak kene siapkan sang puteri dulu.. segala keperluan dia mesti cukup nak travel jauh2 nie..berhenti kat Petronas Bentong..breakfast..perut dah lapar..kene isi perut dulu nak jalan jauh2 nie..niNa masa tue tengah syok tido..yerlah pagi2 lagi aku dah kejutkan dia nak balik kampung..dalam kete tido sepanjang perjalanan nak sampai ke Bentong tue..after dah siap breakfast kitorang teruskan perjalanan lagi..jauh lagi nak pergi nie..beratus2 km lagi..lucky..jalan x jam sangat..just jam nak masuk ke bandar bentong jek..dulu masa berdua balik ke Kelantan kampung hubby...non-stop..berhenti makan jek..since dah ada baby nie..banyak kali berhenti..hihihihi..perjalanan makan masa 6 jam pergi ke 7-8 jam..hehee..lebey kurang kul 6 petang baru sampai kampung hubby..sampai kat rumah aku terus siapkan mandian NiNa..yerlah dari pagi tadi dia aku tak mandikan..x sampai hati la..awal pagi sangat..sejuk NiNa nanti..aku just lap2 kan jer badan dia..sampai rumah hubby..mak2 sedara sebelah FIL ada yang dah sampai..ramai jugak ler..tue pun ada yang belum sampai lagi..lepas jek mandi dan aku susukan NiNa..terus dia tertido..sampai ke pagi..just bangun nak menyusu jek...Alhamdulillah..penat agaknya..travel jauh sangat..hehehe...

25 january 2009...
Seawal pagi aku dah bangun..hubby awal2 pagi lagi dah ke pasar dengan MakLong cari barang2 nak memasak untuk kenduri besok..kalau bahasa kelantan kenduri nie dorang panggil 'bekwoh'..hehe dah kawin ngan orang kelate nie serba sedikit aku tahu bahasa dorang..kene le belajar..hahaha...hari nie kenduri sebelah perempuan..esok nya plak baru kenduri sebelah lelaki..kakak ipar aku tue orang Tanah Merah..dekat jek la dengan kampung hubby tue..tengahari lebey kurang kul 1.30 camtue kitorang semua gerak ke rumah sebelah perempuan..janjinya kul 2 petang nak kene ada di rumah perempuan..lewat orang kat sana 'belarok' a.k.a bersanding..hehehe..keluarga sebelah pihak lelaki delayed sejam..masa tue dah kat kul 3..ada plak yang sesat jalan..kene tunggu plak..yer la barang hantaran ada lam kereta dorang..around kul 330 petang baru sampai rumah pengantin perempuan..perut masing2 dah berkeroncong lapar termasuk la aku..sampai jek aku terus g makan..around kul 4++ lebey camtue family sebelah lelaki bertolak balik...on the way nak balik ke rumah tue..my father called dorang dah nak sampai kuala krai..hubby suruh terus pergi ke rumah my FIL..family aku dari Pahang bertolak dari Pahang pagi tue dalam kul 10 camtue..family aku sampai dulu kat rumah FIL..kebetulan adik ipar aku ada kat rumah dia tak pergi..coz baru sangat abis pantang..ooo lupa plak niNa dapat sepupu perempuan...bulan 12 ari tue lahir sehari lepas raya haji..sampai jek kat rumah FIL..ayah, mak, kaklong, adik dan anak2 buah aku dah ada kat rumah..dorang tak sabar nak jumpa NiNa..rindu bangat katanya..hehehehe..lepas minum2 baru aku ngan hubby bawak family aku ke tempat dorang nak menginap..kat kampung tue jugak..rumah sewa RISDA...aku tinggalkan niNa ngan nenek dia..sementara aku balik semula ke rumah..coz banyak kerja nak dibuat malam nie..malam tue lepas Is'yak family aku datang semula makan malam kat rumah..bila family aku sampai jek..kat rumah..kakak aku cakap niNa terjaga dari tidur..aku suruh family aku pergi makan dulu sementara aku menyusukan niNa..

9.30 malam..25 january 2009
Aku dah cuak..tetiba jek NiNa menangis..aku menyusukan dia pun tamau..pujuk, dukung dia still menangis..tak pernah lagi dia menangis sekuat hati camtue..selalu menangis sekejap2 jek..aku kasik dia menyusu dia terus tido..tapi kali nie lain..aku dah cuak giler masa tue..family aku dah siap makan masa tue..dorang dengar NiNa menangis terus naik tengok keadaan NiNa..almost a hour jugak ler dia menangis..maklong belah FIL datang amik niNa...dia suh hubby bakar bawang putih..aku masa tue dah berdebar2 dah..yerlah..budak kecik selalunya nampak2 'benda2 halus' nie...maklong letak bawang putih kat dahi NiNa..still menangis lagi..kali nie lagi kuat..semua orang kat rumah gelisah dengar tangisan NiNa..last2 sekali my FIL panggil TokSu..tolong tengokkan NiNa..ToKsu bacakan ayat2 yang boleh tenangkan niNa menangis..tak lama lepas tue dia berhenti menangis..toKsu suruh titikkan air jampi dalam mulut Nina..masa tue NiNa dah berhenti menangis..aku terus kasi dia susu..last2 tertido dia..penat sangat agaknya menangis sekuat hati..adus laa anak aku tue...yer la nie 1st time dia balik kampung Tok Ayah dia..kalau duduk kat kay ell nie..dia dah biasa kuar malam2 nie..kat kampung plak jadi camtue..betul la kata orang tua..budak kecik takleh bawak keluar malam2 lagi2 time maghrib..kat kampung plak tue...lepas nina tido family aku balik semula ke rumah sewa tempat dorang menginap..alhamdulillah..malam tue NiNa tido dengan lenanya sampai ke pagi...

26 january 2009..
hari nie majlis bertandang di rumah sebelah lelaki..seawal pagi lagi rumah FIL dah sibuk dengan orang kampung yang datang menolong buat kerja..tulaa..di kampung nie..semangat gotong-royong tue still ada lagi..tak lapuk dek hujan..tak lekang dek panas..ramai gak orang2 kampung datang menolong. pagi tue kaum2 lelaki semua gotong royong 'melapah' daging lembu...my FIL tumbang lembu seekor kenduri abang ipar nie..lembu sendiri...sementara kaum2 wanita memasak dan menyiapkan apa yang patut untuk dijamu tengahari nanti kepada tetamu...family sebelah pengantin perempuan akan sampai dalam kul 2 petang camtue..kitorang semua kat rumah get ready menyambut kedatangan family pihak perempuan..dari kul 2 pergi kul 3..x sampai jugak lagi..last2 kul 4 ptg baru sampai rumah pengantin lelaki..rupa2nya ada family dorang yang sesat..hehehee..lebey kurang kul 5/6 camtue kitorang semua dah berkemas2..bersihkan apa yg patut..sehinggalah ke malam..penat kenduri kawin nie sehari dua x ilang lagi..hehehehe

27 january 2009..
hari nie seperti biasa seawal pagi aku dah bangun..banyak lagi kerja2 yang perlu diselesaikan..dalam rumah pinggan mangkuk bersepah untuk disusun dan asingkan mengikut tuannya..my FIL ada pinjam barang2 orang..so kene la asingkan mengikut tuan..petang hubby ajak pergi rumah my MIL..bawak NiNa jumpa neneknya..lebey kurang dalam kul 6 camtue we all g rumah my MIL..lam kul 7 tue dah gerak balik ke rumah FIL..masa kat rumah MIL tue NiNa dah tertido...sampai jek kat rumah FIL..dia start menangis..terjaga dari tidur..almost sejam jugak ler dia menangis..sama cam menangis malam sebelumnya..aku pujuk, tok ayah dia pujuk..tak benti menangis jugak..last2 hubby dukung dia pusing satu rumah..baca ayat2 sikit..baru benti menangis..huhuhuhu...malam tue NiNa tido lena sampai ke pagi..kesimpulannya..yang aku dapat..next time balik kampung hubby..jangan berjalan atau keluar waktu dah nak maghrib..malam tue aku berkemas2 apa yang patut..coz besoknya kitorang nak balik kay ell dah..

28 january 2009..
hari nie..kitorang dah bertolak balik ke kay ell....dah kemas apa yang patut, then hubby masukkan semua barang dalam boot kereta..around kul 11 camtue kitorang gerak dari kampung hubby..sebelum balik tue singgah rumah my MIL jumpa dia dulu sebelum balik..tatau la plak lepas nie bila lagi NiNa jumpa ngan nenek and Tok Ayah dia..hehehe..tunggu cuti panjang lagi la plak..perjalanan dari kelantan ke kay ell smooth jek..jalan pun clear..kereta tak banyak sangat..maybe orang still bercuti panjang lagi agaknya...berhenti makan di area kuala lipis..then kitorang meneruskan travel seperti biasa..around kul 6 camtue kitorang sampai kay ell..sempat jugak sampai before magrib..NiNa dalam kereta tido sekejap jerk..dari kampung hubby sampai kitorang benti makan tue jek ler time dia tido..lepas tue tak tido..letih jugak aku nak melayan dia berborak..hehehehe...dah nak sampai kay ell baru dia tido semula..ish2 anak aku tue..malam tue dah sampai kepenatan terasa yang amat sangat..yer lah travelling jauh..lagi2 hubby..sian dia..drive sesorang dari kampung sampai kay ell..apa pun we all happy dapat balik kampung hubby..jumpa sedara-mara dan family kat sana...esok NiNa ada check-up kat klinik...kene cucuk lagi la dia...hihihihi...

Monday, February 2, 2009

setahun berlalu .....

hari nie genap setahun aku melayari kehidupan berumahtangga bersama hubby tercinta..rasa sekejap jek masa berlalu..segala pahit manis aku harungi bersama..padamu..aku bergantung hidup..padamu jua aku mencurahkan segala kasih dan sayang aku..Nur Salikin Amanina bukti cinta agung kami berdua..lahirnya ke dunia menambahkan lagi kebahagiaan dan mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara kami..semoga setahun yang berlalu ini akan terus dicahayai dengan rasa penuh kasih & sayang..

Kebahagiaan terletak kpd mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang mencuba..hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka..dan cinta bermula dengan senyuman mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan..semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik..percubaan yang cukup untuk membuatkan diri kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia..dan kebahagiaan kita tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik..kita hanya membuat yang terbaik dalam apa saja yang datang dalam perjalan hidup kita..sayangilah diriku seadanya..dan sinarilah hidupmu dengan kasih sayang yang daku curahkan untukmu saya..

to my hubby...Happy 1st Wedding Anniversary..

Friday, January 23, 2009

happy holiday..

ari nie malas betul nak buat kerja..rasanya..50% yang ada progress..low motivate..mood cuti..yiieeehaaaaa...seminggu aku cuti...cuti raya cina..sambung plak cuti lagik 2 hari..hihihihihi..esok nak balik Kelantan..kampung hubby..yerla..sejak NiNa dah ada nie..tak pernah lagi balik sana jumpa Atuk kat Kelantan..kebetulan..balik cuti nie..abang ipar kahwin..so a little bit busy la sket nanti balik sana..hubby kata.."kita balik seawal pagi sebelum subuh..yerk.."..hahaha tatau le sebelum subuh tue kul berapa..kekekekeke..
to all happy holidays..and gong xi fa chai..selamat bercuti..ya beda bedu...

Thursday, January 22, 2009

sekarang nie dia dah pandai...

Semalam lepas amik NiNa kat rumah babysitter dia..Abahnya ajak pergi Giant cari kan bouncer NiNa..bouncer yang ada tinggal kat rumah babysitter dia..nak balik kampung weekend nie..kena lah beli yang lain..yang kecik sikit..hihihi..semalam masa aku sampai rumah babysitter nina hujan selebat2nya..sian nina mama amik nina dah lewat..magrib masa tue + plak ngan hujan lebat..huhuhu..tunggu hujan reda sket baru balik dari rumah bbsitter dia..lepas solat magrib kat surau Giant KJ kitorang pun masuk Giant nak cari bouncer..sib baik le nina tak meragam..hihi..dia nie kalau bawak berjalan senyap jek dok lam stroller tue....pergi kat tempat barang baby..takde plak bouncer yang sesuai..and ada satu tue aku berkenan tapi takde stok plak..hurm...tak beli jugaklah..aku cakap kat Abah "beli besok jek ler..kat Giant Puchong Kinrara..kat situ banyak choice sket.."..nak pergi malam tue ke Giant Kinrara dah lewat..lagipun perut dah bergendang..main lagu..lapar..hahaa..kitorang tapau jek nasi goreng ayam pebret aku kat kedai Abang Shah @ kedai Kelantan..huhu..dah lama tak pekena nasi goreng ayam kedai kelantan..besh besh..yummy..yummy..nak g makan kat kedai paham2 jek ler ngan si kecik tue..hehehe..so tapau jek ler..kul 9 lebey baru sampai rumah semalam..


NiNa sekarang dah pandai...
1- Bila Abah dia berborak dengan dia..dah pandai senyum-senyum dan suka..dan dah pandai membalas apa yang Abah dia cakap..
2- Suka membebel sensorang sambil tengok tv...hihhi..
3 - Dah pandai mengagah orang nak layan dia..Abah dia suka melayan dia..
4 - Dah pandai masukkan jari dalam mulut..suka isap belakang tangan..nie case kalau lapar nak menyusu..hihihi..
5 - Dah pandai nak mengiring badan ke kiri dan ke kanan..
6 - Dah pandai tengok tv..bila mama nak buat kerja letak kat depan tv..dia dok diam2 sambil tengok tv..hehehe..


Monday, January 19, 2009

Alhamdulillah syukur di atas kurniaan-Nya...

Assalamualaikum..to all my prenz..dah lama rasa tak memblog..diz is 1st entry for 2009. Rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat tahun baru buat semua..semoga tahun nie lebey baik dari tahun lepas dan sebelum2nya..hehehe..hurm..tatau nak start dari mana..dah lama sangat tinggalkan blog nie hehee..Alhamdulillah..pada 1 November 2008 aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang sangat comey di beri nama NUR SALIKIN AMANINA bte. SAUPIAN pada jam 2.34 petang di Hospital Serdang seberat 2.9 kg.Permata hati yang aku tunggu setelah 9 bulan 10 hari aku mengharunginya..actually aku deliver awal 3 minggu..means..minggu ke 37 aku dah selamat deliver..

Photobucket


Photobucket


Photobucket


01-November-2008 - Sabtu - 4.30 pagi

Jam 4.30 pagi...aku tersedar dari tidor terasa seperti nak buang air kecil....memang di hujung2 aku mengandung aku memang kerap buang air tengah malam..orang cakap..kalau masa mengandung kerap kencing..rambut baby lebat..hehee..entah le betul ke @ tidak...aku buang air then aku terasa seperti air keluar.."alamak..water bag aku dah pecah ker..?" hubby tengah syok tido masa tue..aku stay lagi lam bilik air nak pastikan betul-betul..sebab air still keluar..masa aku buang air tue aku nampak macam lendir2 sesikit bercampur dengan air kencing..aku dah mula panik..aku kejutkan hubby...masa tue air ketuban aku still keluar..leaking..makin lama makin banyak..aku cakap kat hubby.. "dah sampai masa nie..air ketuban aku pecah.." at the same time rasa cam nak erk erk..plak.. hubby tanya "ada rasa nak erk erk.."..aku cakap ada.. "ha dah sampai masa dah tue" hubby aku cakap.. aku pun bersiap2 nak g sepital..air ketuban still leaking lagi..mencurah2 aku rasa turun..:D hubby..amik barang apa yang patut sebelum g sepital tue..beg baby memang aku dah ready lam kete..hubby terus bawak aku g sepital serdang..itu jek yang paling terdekat..aku call mak aku bagitau..aku dah nak bersalin..aku gtau air ketuban aku dah pecah..mak aku suruh terus g sepital..jangan tunggu lama..on the way nak ke hospital..air still leaking lagi..sampai kat hospital..hubby terus drive ke dewan bersalin..sementara tunggu hubby buat pendaftaran..aku duduk kat tpt menunggu...kat lobi tue..dah siap buat pendaftaran semua..clerk yang jaga kaunter soh aku masuk lam bilik menunggu..then timbang berat...after that dia suruh aku baring kat katil..masa tue jam dah kul 5++ pagi..aku pun x sure sangat..

Tak lama aku baring tue..nurse pun datang pasang alat dengar heartbeat baby...masa tu aku dah start rasa contraction sikit2..tapi tak kuat sangat..lama kelamaan makin sakit..perempuan kat sebelah katil aku tue dah mengerang2 sakit..masa aku masuk bilik menunggu tue ada lah 2 3 orang yang tengah tunggu masa nak bersalin..kejap2 nurse datang check dorang nak tgk 'jalan' berapa cm...aku masa tue nurse tak datang check lagi..sebab aku baru masuk..masa tue...mata aku tak mampu nak lelap..sebab contraction makin lama makin sakit..sampai lah ke pagi...aku tak tido...sebab sakit dek contraction..x lama tue nurse pun datang check aku..nak tgk 'jalan' dah berapa cm...god..sakitnya masa nurse tue check tgk 'jalan' berapa cm..masa aku tatau kul berapa dah..sedar2 hari dah siang...after pam 'erk erk' semua..nurse kasik aku baju hospital untuk salin...dia soh aku g tandas buang air besar then salin baju semua..masa aku bangun dari katil tue sakit still rasa lagi..tapi tak kuat jek..lepas aku keluar dari tandas then salin baju..aku kasik kat hubby baju kotor...masa tu aku dahaga sangat nak minum..tapi nurse tak kasik...aku baring semula ke katil aku..sementara menunggu untuk di bawa ke labour room..tak lama lepas tue nurse bawak wheel chair nak tolak aku ke labour room...masa tue aku dah dipakaikan 'tag' kaler pink untuk dibawa ke labour room..sementara hubby tunggu di ruang menunggu kat dewan bersalin..aku rasa masa tue dah pukul 11 ++ kot..

Sampai di bilik pemeriksaan..aku dicucuk untuk masuk air...nurse yang tolak aku ke labour room bagitahu...anak sulung biasanya lama nak tunggu bersalin...paling kurang 11-12 jam..sebab jalan takde lagi..aku sekali lagi dipakaikan alat dengar heartbeat baby...di perut aku...tak lama aku masuk dalam bilik tue..hubby pun sampai...masa tue aku rasa hubby lah penguat semangat aku...nurse sekali lagi masuk bilik..cucuk masuk ubat..nurse tue cakap..ubat nie mengantuk sket...awak akan terasa mengantuk lepas saya cucuk ubat..huhuh memang betul pun..tak lama tue..aku dah rasa mula mamai2 mengantuk...hubby ada sebelah aku tunggu aku..aku dah start rasa sakit..makin lama makin kerap..selang 5-10 minit aku rasa..hubby dok sebelah aku bacakan aku ayat2 yang boleh menenangkan aku..aku dah rasa sakit yang amat sangat..seperti nak meneran...arghhh...sakitnya masa tue Tuhan aje yang tahu..aku soh hubby tekat button kat tepi katil..x lama lepas tue nurse pun masuk..siapkan alat2 dah sampai masanya aku nak bersalin...tepat jam 2.34 petang aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan..masa tue luruh segala air mata melihat bayi yang aku kandung selama ini selamat lahir ke dunia..baby aku disambut oleh 2 orang jururawat...after nurse siapkan baby aku dan mandikan dia..dia letakkan baby aku atas dada aku..Ya Allah...inilah pemberiaan yang paling bermakna aku rasakan..air mata aku mengalir sementara hubby aku qamatkan anak aku...after that nurse soh hubby aku keluar..segalanya dah selesai..setelah semuanya selesai...aku dibawa ke wad...sampai di wad..family aku..mak, ayah, kakak dan anak2 buah serta hubby dah menunggu aku di wad...aku lihat tergambar kegembiraan di air muka parents aku menyambut cucu baru....buat tatapan semua..aku post kan beberapa gambar nina..

Photobucket

Thursday, September 11, 2008

berkumpul beramai-ramai..

weekend baru nie dapat jemputan dari sue n man..dorang nak buat makan-makan buka puasa kat rumah derang. rumah derang mmg selalu jadi port tempat jumpa kengkawan hehehehe..meriah jugak ler sesekali kalau berjumpa reramai camtue. aku tunggu hubby balik dari kerja..ingat nak g awal rumah sue tolong-tolong apa yang patut..tapi tak kesampaian..hubby balik lambat plak ari sabtu tue..so lepas asar aku ngan hubby gerak dari puchong menuju ke kay jay. before g rumah sue tue singgah pasar ramadhan kay jay jap..nak membeli juadah..almaklumlah..xkan nak datang ngan tangan kosong kot..hehehehe..aku nak masak rasa penat sangat..pagi tue mendobi baju berbakul2..stok untuk seminggu punya..hahhahaha...buruk betul perangai...huhuhu..hurm sekali membasuh penuh ler satu ampaian..singgah kat pasar ramadhan kay jay aku cari juadah yang sesuai nak berbuka..aku beli sotong bakar, murtabak ngan air kelapa..teringin plak rasanya nak minum air kelapa..yer lah perut pun dah 7 bulan..so boleh lah aku nak belasah apa yang aku nak makan bulan puasa nie..hehe..masa awal-awal pregnant ari tue tak berani gak nak belasah semua benda..hehehehe..terserempak plak ngan ila + loque kat pasar..dorang pun membeli juadah gak penuh jek kat tangan masing-masing..

aku + hubby sampai rumah sue dah agak kelewatan sket..dah nak hampir waktu berbuka..masuk jek rumah...ayu + zz, nana + asri, ubai + zura, ila + loque dah ada kat derang..aku + hubby tetamu terakhir yang sampai..hehehehe..tgk atas meja makan..mak aiiiihhhh penuh satu meja ngan makanan..belum + yang terhidang kat bawah lagi..hehe..huhu banyak giler..ada yang memasak bawak dari rumah..aku beli jek ler...bila dah berbuka reramai camtue..seronok jugak..selera kan main lagi aku makan siap bertambah lagi..hehe ...lepas berbuka semua..masing2 tersandar kekenyangan terutama bagi2 ibu-ibu mengandung ler..hehehe ..bagi kaum lelaki..mana2 yang nak berasap pie berasap kat luar rumah isi gas bak kata orang..lepas dah siap solat magrib layan berita kat tv...ada gak yang terhibur ngan gelagat si ajeem..tamau duduk diam langsung..asik nak main jek..dia mmg sentiasa menjadi perhatian orang..yerlah..sorang jek baby kat rumah tue..hehee..kekadang tue geli hati gak ngan perangai ajeem..buas betul..nakal bak kata uminya...hehee
sambil-sambil layan movie kat tv..ada plak yang sambung makan..hehe..perut pun dah lapar balik ...lam pukul 9 lebey camtue..ada yang dah beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing..hehhehe aku ngan hubby paling lewat sekali balik..dah pukul 10 lebey kitorang gerak balik puchong..sempat jugak ler tapau puding yang ayu bawak..sedap gak..puding jagung..to sue n man..thanks for being the organizer...
Daisypath Anniversary Years Ticker