Setiap manusia melakukan kesilapan, dan melalui kesilapan juga kita belajar erti kehidupan sebenar..kerana pengalaman diri kita menjadi dewasa untuk hari ini, esok dan selamanya...
Thursday, April 5, 2007
Good news....
Last nite..balik kerja teman Pyan gie klinik. Sian my sweet kene ulser kat lidah...dah 2 hari dah..takde selera makan dia..then jumpa Ila n Loque kat Giant. Ila nak bayar duit kutu..petang tue dia kol tanya kenapa takleh bank-in kan duit kat account aku..then aku double cek balik ngan Ila rupanya account no salah...hadui laaa...no wonder ler..duit tak leh bank-in account no salah..hehehee..macam2 ler...
Kaylah..tatau nak mepek apa dah nie...boring dah..nak sambung wat kerja plak...dadaaaa....
Tuesday, April 3, 2007
Cerita tentang laut...
Aku nak cerita pasal last weekend. Pergi PD ada gathering kat sana ala-ala re-union lah.Ramai gak yang pergi 8 bijik kereta semua nya..meriah dalam 19 orang kot semua sekali.Mostly ramai yang bercouple...hehehehe...Share budget sewa motel kat D'Pantai..bolehlah..nak kata selesa sangat pun tak jugak.Berbaloi ler bayar RM 30 sorang. Aku mesti ler pergi ngan my sweet Pyan..thanks dear coz sudi join xtvt nie..
Seronok jugak kat PD..banyak juga xtvt yang kitorang buat..mandi laut, main galah panjang, mandi pool, banana boat...perghhh...giler arrghhh..cuak jugak aku..'beach boy' yang bawak banana boat tueh...jatuhkan kitorang kat tengah laut..masa tu aku dah memang cuak giler ler..sib baik ler my dear ada sama..he's my survive..nampak aku dah cuak giler n sedikit tenggelam..cepat2 dia tarik tangan aku takut aku lemas.Aku nie dah ler type yang tak gheti swim..hahahaha..2 x gak aku layan naik banana boat tue walaupun cuak bila tenggelam dan telan air laut masin..hehe..takpe janji happy and puas. Niat hati nak main jet ski..takpe lah..len kali jek ler kot2 pas nie ke pulau plak..maybe next event kot..
Aku pergi sana memang nak lupa pasal kerja. Bila kat sana totally my mind is free. Ari2 dok pikir pasal kerja pun tensen jugak..so bila dah pergi sana..i'm free from all..jiwa aku kosong and tak pikir langsung pasal kerja. Memang niat pergi sana i wan't happy and enjoy with them. Bila dah ramai2 camtue..macam2 cerita la yang keluar tak kering gusi di buatnya. Member lama yang x pernah jumpa since 2-3 years pun ada gak datang sama.Walaupun dapat jumpa sekejap, aku happy bila dah bersama dorang semua.
Hari Ahad kitorang gerak balik KL. Before balik, after check-out kitorang singgah kat Pantai Teluk Kemang.Jenjalan kat sana then pergi makan. Meriah gak kat situ coz public place...ala-ala TC kat Kuantan..hehehe..TC pun tak semeriah camtue..Around 4.30 p.m kitorang konvoi balik KL. Hopefully tak jammed. Kalau jammed masak ler nak sampai KL. Keluar dari Tol PD tue jammed sekejap je pastu dah clear dah..around 6.30 p.m dah sampai Pee Jay..penat nya..takyah cakap ler..sampai jek rumah..terus aku terlelap sampai magrib...penat punya pasal..hahahahaa..esok aku EL tak larat nak pergi kerja..badan semua sakit2...hehehe remuk rasa badan aku..hehehehee...kaylah..nak sambung wat kerja..
Friday, March 30, 2007
Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Thursday, March 29, 2007
Keistimewaan Wanita...
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...
Tuesday, March 27, 2007
Serasikah anda dan pasangan anda?
| Z |
odiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Emmmmm…adakalanya macam betul saja kan …suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata kamu Tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak kamu. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian kamu dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn………..
Contoh :-
Gemini + Libra = 1
= Sehati Sejiwa
| 'SI DIA' | |||||||||||||
| KAMU | | ARIES | TAURUS | GEMINI | CANCER | LEO | VIRGO | LIBRA | SCORPIO | SAGITARIUS | CAPRICORN | AQUARIUS | PISCES |
| ARIES | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | |
| TAURUS | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 3 | 1 | 6 | 2 | |
| GEMINI | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 7 | 7 | 1 | 6 | |
| CANCER | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | |
| LEO | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | |
| VIRGO | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | |
| LIBRA | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | |
| SCORPIO | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | 1 | |
| SAGITARIUS | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 8 | 5 | 4 | 5 | 2 | 6 | |
| CAPRICORN | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | 2 | |
| AQUARIUS | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | 5 | |
| PISCES | 5 | 2 | 6 | 1 | 7 | 3 | 7 | 1 | 6 | 2 | 5 | 4 | |
NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA
| W |
ah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.
NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI
| D |
alam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.
NO 3 – SALING MEMBANTU
| B |
aguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.
NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
| P |
ersamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.
NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
| M |
ahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.
NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
W
alaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan 'perang mulut' kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap 'panas hati' bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….
NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG
| H |
uarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu., Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?
Psstttttttttt......
Emmmmm……bagaimana dengan kamu? Apakah pasangan kamu serasi dengan kamu?
Jangan terlalu percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba..........
Aku dan pasangan..
ME : LEO
HIM: ARIES
Leo+ Aries= 1
= Sehati Sejiwa
Wah! Tu diaâ...nampaknya aku dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu€¦.Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kami memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kami berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kami berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kami berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kami tension dan bergolakkan. Namun kematangan kami berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kami tangkis dengan mudah....sehati sejiwa gitu...
Credit from forward email Norazrita Ibrahim...
Friday, March 23, 2007
Today and tomorrow...
erin plak dah 2 ari cuti..mc katanya..errmm..biasalah..morning sick agaknya..maklumlah dah berbadan dua..tak dapat aku bayangkan camner nanti dia..bila perut dia dah besar...hehehhee...seronoknya...kalau dapat jadi ibu kan..merasa how's hard it is from pre-mature sampai lah dah mature then beranak...hahahahahaa..eeee tak dapat bayangkan..kengkawan aku pun ramai gak yang nak deliver diz year..haii..ada lah 2 3 orang..yang deliver bulan 7 nieh pun ada gak..hopefully lah nanti anak dia deliver same date ngan birthday aku..hehheheee...
kerja banyak nie...document tak siap lagi..nak kene deliver..nak kene endorsed then baru leh buat development..hahaha dah masuk part development nie..weng dah kepala aku..tengok coding..dulu aku weng tengok coding JAVA..kali nie okaylah skit kot..takde ler sepening aku buat JAVA..neway..aku kene keep up a good work to be a valuable person...susah pun susah ler..janji aku happy dengan apa yang aku buat sekarang..
sue cakap malam nie ada meteng..pasal event nak pergi PD next week..kul 11 katanya..kat port biasa...apalah agenda agaknya malam nie erk..takpe wait and see..tak sabar rasanya nak tunggu next week..nak bercuti...dah lama jugak aku tak buat xtvt camtue since abis study nieh.dulu masa study rajin ler jugak join xtvt camtue..hehe dah kerja takde masa nak buat semua tue..apa agenda esok erk..entah ler...takde program ler nak pergi mana..pyan pun kerja..kalau nak keluar pun hari ahad ler..selalu saturday nite..xtvt kitorang bermain futsal..aku jadi penonton jek..penonton paling setia..
pagi tadi nak pergi kerja..tengok orang dah beratur panjang kat lrt station kelana jaya..apasal plak nie..nie mesti train problem lagilah nie..hehehe memang betul pun sangkaan aku..selalu kalau hujan-hujan camnie..mesti train ada technical problem..dorang announce train akan di pandu secara manual sampai station Asia Jaya..errmm kenapa sampai situ jek..pelik tul lah..entah apa lah rosak nya..ermm kalau aku tunggu nie lambat ler jawabnya..kalau naik kang sure train bergerak cam kura-kura hahahaa..then aku try call Muna..kot2 mana ler tahu dia tak pergi kerja lagi ker..yeah...aku call dia baru nak keluar rumah..then aku tumpang dia pergi kerja pagi tadi..jammed jugak..adehhh ler....tensen tensen...arrghhhhhhhh....
kaylah..entah apa-apa aku mepek tengah hari buta nie..nak sambung buat kerjaaa daaaaaa.....
