Thursday, March 29, 2007

Keistimewaan Wanita...

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Tuesday, March 27, 2007

Serasikah anda dan pasangan anda?

SERASIKAN PASANGAN ANDA.


Z


odiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama. Tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Emmmmm…adakalanya macam betul saja kan …suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata kamu Tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak kamu. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian kamu dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn………..

Contoh :-

Gemini + Libra = 1

= Sehati Sejiwa





'SI DIA'
KAMU
ARIES TAURUS GEMINI CANCER LEO VIRGO LIBRA SCORPIO SAGITARIUS CAPRICORN AQUARIUS PISCES
ARIES 4 5 2 6 1 7 3 7 1 6 2 5
TAURUS 5 4 5 2 6 1 7 3 3 1 6 2
GEMINI 2 5 4 5 2 6 1 7 7 7 1 6
CANCER 6 2 5 4 5 2 6 1 7 3 7 1
LEO 1 6 2 5 4 5 2 6 1 7 3 7
VIRGO 7 1 6 2 5 4 5 2 6 1 7 3
LIBRA 3 7 1 6 2 5 4 5 2 6 1 7
SCORPIO 7 3 7 1 6 2 5 4 5 2 6 1
SAGITARIUS 1 7 3 7 1 6 8 5 4 5 2 6
CAPRICORN 6 1 7 3 7 1 6 2 5 4 5 2
AQUARIUS 2 6 1 7 3 7 1 6 2 5 4 5
PISCES 5 2 6 1 7 3 7 1 6 2 5 4




NOMBOR 1 – SEHATI SEJIWA




W


ah! Tu dia…nampaknya kamu dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu….Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kamu memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kamu berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kamu berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kamu berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kamu tension dan bergolakkan. Namun kematangan kamu berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kamu tangkis dengan mudah.



NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI




D


alam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun kamu mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk kamu mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai dirimu. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang kamu lakukan tidak melukakan hati si dia.



NO 3 – SALING MEMBANTU




B


aguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya kamu sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan kamu hingga boleh menjejaskan dirimu sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta kamu menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan kamu tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri kamu mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka kamu saja. Jadi, tak salah kalau kamu meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.



NOMBOR 4 – TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.




P


ersamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap kamu berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, kamu masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan kamu, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan kamu. Ssusah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, kamu perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk kamu boleh memberi kesan pada diri kamu sendiri.



NOMBOR 5 – SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO




M


ahu tapi EGO! Itu yang membuatkan kamu berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan kamu berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin kamu boleh menipu orang lain yang kamu tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan kamu yang terlalu kuat mengatakan yang kamu sayangkannya. Emmmmm…..jika kamu benar-benar sayangkannya tak salah kalau kamu tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana kamu sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan kamu sendiri dan terimalah hakikat yang kamu berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.



NOMBOR 6 – KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.






W

alaupun kamu masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan 'perang mulut' kerap terjadi kerana kamu berdua salang tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi kamu kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan kamu berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah kamu bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa kamu tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun kamu sentiasa bersikap 'panas hati' bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air…..pandai-pandailah kamu yea….



NOMBOR 7 – TIDAK SERASI LANGSUNG




H


uarghhhhhhhhhhh……Janganlah menangis…Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila kamu berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Isy……sekurang-kurangnya kamu masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh kamu kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika kamu benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta kamu itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu., Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiranmu. Mungkin kamu berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup kamu. Bukankah kamu mahu si dia menemani kamu sepanjang hayatmu?




Psstttttttttt......

Emmmmm……bagaimana dengan kamu? Apakah pasangan kamu serasi dengan kamu?

Jangan terlalu percaya pada fakta ini 100% kerana tidak semestinya betul. Jika betul…itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba..........


Aku dan pasangan..

ME : LEO
HIM: ARIES

Leo+ Aries= 1
= Sehati Sejiwa


Wah! Tu diaâ...nampaknya aku dan si dia memang sehati sejiwa…Macam lagu Ajai & Nurul tu€¦.Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, kami memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. Kami berdua bersenpendapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada kami berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan kami berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan kami tension dan bergolakkan. Namun kematangan kami berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat kami tangkis dengan mudah....sehati sejiwa gitu...


Credit from forward email Norazrita Ibrahim...

Friday, March 23, 2007

Today and tomorrow...

Adeh..boring betul ler ari nie..tak tahu apasal..boring di tahap maxima..diz week rileks sket..semalam ngan hari nie takde meteng ngan user.Kalau tidak hari-hari aku dok ngadap user kadang tue sampai tersengguk-sengguk menahan ngantuk...hehehee..errmm kalau dah ngantuk tueh..takyah cakap ler memang mata nie takleh nak counter dah..jap-jap kang terlelap..ofismate aku yang ada sama masa meteng tue dok gelakkan aku..hahaaaaa..takpe lah labu...
erin plak dah 2 ari cuti..mc katanya..errmm..biasalah..morning sick agaknya..maklumlah dah berbadan dua..tak dapat aku bayangkan camner nanti dia..bila perut dia dah besar...hehehhee...seronoknya...kalau dapat jadi ibu kan..merasa how's hard it is from pre-mature sampai lah dah mature then beranak...hahahahahaa..eeee tak dapat bayangkan..kengkawan aku pun ramai gak yang nak deliver diz year..haii..ada lah 2 3 orang..yang deliver bulan 7 nieh pun ada gak..hopefully lah nanti anak dia deliver same date ngan birthday aku..hehheheee...
kerja banyak nie...document tak siap lagi..nak kene deliver..nak kene endorsed then baru leh buat development..hahaha dah masuk part development nie..weng dah kepala aku..tengok coding..dulu aku weng tengok coding JAVA..kali nie okaylah skit kot..takde ler sepening aku buat JAVA..neway..aku kene keep up a good work to be a valuable person...susah pun susah ler..janji aku happy dengan apa yang aku buat sekarang..
sue cakap malam nie ada meteng..pasal event nak pergi PD next week..kul 11 katanya..kat port biasa...apalah agenda agaknya malam nie erk..takpe wait and see..tak sabar rasanya nak tunggu next week..nak bercuti...dah lama jugak aku tak buat xtvt camtue since abis study nieh.dulu masa study rajin ler jugak join xtvt camtue..hehe dah kerja takde masa nak buat semua tue..apa agenda esok erk..entah ler...takde program ler nak pergi mana..pyan pun kerja..kalau nak keluar pun hari ahad ler..selalu saturday nite..xtvt kitorang bermain futsal..aku jadi penonton jek..penonton paling setia..
pagi tadi nak pergi kerja..tengok orang dah beratur panjang kat lrt station kelana jaya..apasal plak nie..nie mesti train problem lagilah nie..hehehe memang betul pun sangkaan aku..selalu kalau hujan-hujan camnie..mesti train ada technical problem..dorang announce train akan di pandu secara manual sampai station Asia Jaya..errmm kenapa sampai situ jek..pelik tul lah..entah apa lah rosak nya..ermm kalau aku tunggu nie lambat ler jawabnya..kalau naik kang sure train bergerak cam kura-kura hahahaa..then aku try call Muna..kot2 mana ler tahu dia tak pergi kerja lagi ker..yeah...aku call dia baru nak keluar rumah..then aku tumpang dia pergi kerja pagi tadi..jammed jugak..adehhh ler....tensen tensen...arrghhhhhhhh....
kaylah..entah apa-apa aku mepek tengah hari buta nie..nak sambung buat kerjaaa daaaaaa.....

Wednesday, March 21, 2007

Travelling

Semalam petang dapat news..next week kene travel ke Kedah. Bos beritahu next week ada meteng dekat MSI Kulim, Kedah..regional center UniKL kat sana...adusss...meteng lagi..penat lah..nak dikatakan setiap hari ada meteng..ada session ngan user..bila nak abis nie...bak kata housemate aku.."kerja tak akan abis"..petang nie pun ada session lagi..adeehhh lah...weng aku camnie..pagi tadi datang kerja trus check email..yes got an email from PM..meteng @ MSI..Project Management Meeting..ada new requirement lagi ker..?Arrrghhhh...yer lah tueh..kalau tak takkan nak kene pergi sana..ermm..nak buat cemana..kene pergi jugak..2 hari plak tueh kat sana..jauh tue nak travel..take a long hours...tapi takpe lah..kerja punya pasal..terpaksa okay jek ler..so next week agenda..travelling....and weekend plak..event kat PD ..hehehe..tak sabar rasanya..dah lama punya planning nie..hopefully jadi lerr...ramai gak yang join d'club nanti..nak dikatakan semua x-UNITAR..yer lah..masing-masing dah ada kerjaya sendirik..so time camtue jek ler..nak berkumpul..kaylah..anything..nanti kita sambung cerita pasal PD next entry..kay...nak sambung kerja plak...hahahahha...

Tuesday, March 20, 2007

Mendung....

Hari nie cuaca tak berapa baik..bangun pagi tadi hujan lebat lagi..hujan since kul 1 pagi sampai le ke pagi hahaha x sedar aku tdo skit punya lena...terlajak sampai kul 730 baru aku bangun..gara2 hujan punya pasal. Errmm..kalau dah hujan nie..mesti lambat aku pergi kerja..for sure..stuck sana sini..jammed lagi..naik train pun leh stuck..tadi pagi..train stuck kt Taman Jaya skit punya lama..ada lah kot dlm 5 minit..arrgghhhhh!!! tensen betul..b4 that..pun train dah goes slow...sampai kat station University plak..ramai plak orang stuck kat situ cam kat KL Central plak ramainya...then..terdengar announce akan ada train kosong sebentar lagi...errmm okay lah tueh..kalau takder train kosong pick-up...jawabnya..mmg semua lambat ler pergi kerja...masa tue pun time dah dekat kul 9..suppose aku dah sampai kat destinasi dah..stop kat Dang Wangi..hujan punya pasal..semua tergendala..pagi tadi Pyan pick-up aku pun naik kereta..hujan punya pasal..thanx my luv..coz bersusah payah bcoz of me..sian dia...dah le aku tak berpayung sampai kat dang wangi hujan x stop lagi..so terpaksa lah redah jek..payung tinggal plak kat ofis..tak assume nak hujan..so aku pun tak bawak balik ler...sib baik ler...masa tengah2 cross jalan tue..ada sorang kakak tue sudi tumpangkan aku berteduh payung dan kami pun jalan together2..akak tue pun kerja kat ofis sama ngan aku jugak..kebetulan..dia pun lambat ari nieh..neway..thanx akak..sebab tumpangkan payung kat kita...ari nieh ada meteng lagi..nak final endorsement...argghhhh!!! tensen...asyik meteng jek...ari2 meteng..esok pun ada meteng lagik..weng ler aku...oh yeah..i was forgot something..last day dapat kabar gembira dari erin...she's pregnant 6 weeks..neway..congrate to her..and husband Waq..becoming a mother and father...congrate congrate...to my another friends..sue..sabar blum rezeki ko lagi yer...insyaAllah..kalau ada rezeki adalah tueh..blum masanya lagi..jgn ko emosi plak lagi pasnie yer...kaylah..aku curi2 update blog masa tengah meteng nie..hahahahha seb baik ler ada network kalau tak weng lagi ler aku...kaylah..chow cin cau...

Monday, March 19, 2007

I'm really tired...

Aku tak tahu lately nie..rasa penat sangat..bz ngan kerja..workload banyak..user requirement tak abis2 lagi..asyik meteng jek..nak dikatakan..every week ada meteng ngan user...nak endorsed itu ini..nak finalized itu ini..semua requirements...arrghhh...penatnya...bila nak abis nieh...asyik meteng jek..tatau ler bila nak buat kerja nya..tapi takpelah..nak wat cemana..dah kerja aku..semua benda nak dlm satu masa..mcm2 perangai ler...letih...kalau dulu..balik kerja..kat rumah boleh lagi aku buat kerja..tapi sekarang nie..sorry to say ler..penat..balik tidor jek..jgn harap ler aku nak bukak notebook nak buat kerja...last weekend..malam minggu teman Pyan gie main futsal..sampai kul 2 pagi..dorang main 2 jam..start kul 12..ramai gak yang datang last week..so..puas hati ler main lama pun..coz enough player..then rotate jek ler..balik dari futsal tue..mata aku takleh nak counter dah..ngantuk tahap gaban..trus Pyan antar balik jek..slalu gie minum dulu pas abis futsal..but malam tue..mmg takleh pergi dah..balik nak tidor jek..hahahaha kalau dah tidor lambat tueh..tau tau jek ler..esok bangun kul berapa..kaylah..aku nak sambung buat kerja..pas nie ada session lagi..sambung session pagi tadi..haduii..ngantuk lagi ler aku jawabnya...cemana nie...session oh session....

Friday, March 16, 2007

:: Terhiris... ::

Semalam lepas balik kerja singgah Giant jap beli lauk nak masak. Aku pun dah lama tak memasak..asyik makan luar jek borinks gak..hehehe ari semalam terasa rajin nak memasak.. Balik dari giant terus ke dapur buat apa yang patut..kupas bawang, halia, cili kering nak buat ikan kerisi sumbat sambal lada...sambil aku mengopek bawang n halia tue..hati nie rasa satu instinct mengatakan.."eee aku nie ada gak terhiris jari nie kang..."..pisau yang aku pakai tue mmg tajam..made in IKEA...muna pun pernah cerita..jari dia terhiris pakai pisau tueh..dalam plak luka tueh..eeee ngerinya aku masa tgk luka dia tueh...then...sambil kopek kulit halia tueh..scr tak sengaja..terhiris jari telunjuk aku...aduhhhhh!!!sib baik sikit jek yang terhiris..tapi bleeding jugak lerr..tak banyak jek..luka pun tak dalam sangat..tapi sampai ari nieh terasa lagi kebas jari yang terhiris tueh..jari telunjuk aku yang terhiris..kene kat tempat yang sama plak tueh..dolu2 masa aku kerja PIZZA..masa prep salad..pernah jugak terhiris jari nieh..kerja cam tue mmg tak sah kalau tak ada parut..sampai sekarang parut tue masih ada..tapi masa kerja PZA dulu tueh..mmg darah banyak sgt keluar rasa nak pitam pun ada jugak..sebab masa aku prep salad tueh..morning..darah tengah cair..sakit dia tak usah cakap ler..hehe sambung balik cerita tadi..then lepas terhiris tueh..aku just basuh dengan air jek..tak lama..darah berhenti..aku sambung balik kopek halia tadi..misi tak selesai lagi..hahah dah tumbuk semua bahan2 tadi..aku sumbat kan dalam ikan..waaaa nyum nyum...sedapnya...tuelah...penangan masak ikan sambal..jari aku terhiris...tapi takpe..janji perut aku kenyang...kaylah...nak sambung wat kerja..

Thursday, March 15, 2007

Futsal...time...

Malam semalam..main futsal..dah lama rasa x main..hahaha..penat gak lari satu padang..semput plak tueh..yer lah..last aku berlari satu padang..zaman study2 dolu-dolu..main netball. seronok gak bila terkenang zaman tueh..aktif bersukan...since dah abis study xtvt camtu pun terus ditinggalkan..but i'm enjoy it..main plak ngan staff satu company..haha campur ler laki pompuan..pompuan pun berapa kerat jek..takpe lah..janji keluar peluh n release tensen...haahahaha sekarang nie pun dah start tensen..dah masuk part development..tapi kalau dah asik meteng jek camno nak buat kerja camtueh..haha bebel pasal kerja plak..then..pas abis futsal..we 'ouls' semua lepak kat Gazebo Subang..mengember...(bahasa one of our staff sifu..) jgn mara daa sifu...kay lah..drop by kejap jek nak update...nak sambung wat kerja plak..aduhhhh banyak nyer kerjaaa............maaaaakkkkkkkkkkk...huwwwaaaaaa camnerrr nieee....tak terkejar rasanya....

Tuesday, March 13, 2007

::Happy Birthday::

Happy birthday wishes...to my dearest person...

1- 8th March
Happy birthday to my dearest mummy...semoga panjang umur dan murah rezeki..aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mu...

2-
8th March
Happy birthday to my dearest niece..BoBoY...jangan nakal2 dan dengar cakap mama..sekolah pandai2 yerk nanti besar leh jadik orang yang berguna...

3- 10th March
Happy Birthday to my dearest younger sis..Lynn..wish u a happy alwiz..semoga panjang umur dan murah rezeki..i alwiz luve u...


To all..i alwiz love u...

:: Cerita hujung minggu ::

Hari semalam tak sempat nak update blog.Takde masa laahh..sehari suntuk ada session ngan user....arrrggghhh penatlah...nak attend session ari2..tapi nak buat camner dah kerja kene lah attend gak buat requirement...hehehe takpe lupakan pasal kerja kejap..last weekend aku balik kampung..wit si dia..hehehe dah lama gak tak balik together2 ngan dia..diz time baru boleh coz dia ada kerja kat branch office kat Kuantan..hehe apa lagi peluang ler..amik kesempatan balik kampung sekali..tapi yang x bestnya..parents aku takde..dorang bercuti2 malaysia ke langkawi..takpe..lah..biar mak ngan ayah gie honeymoon..kebetulan plak..bulan Mac nie..birthday my mum..my 2nd niece BOBOY and my young sister Lynn..haha pakej tueh..3 orang sekali harung celebrate..hehe..but sorry laaa...to all..diz month sengkek sket ler...present bulan depan lah yerk...my sis pun dah message kat aku.."nanti balik jgn lupa bawak balik present erk.." hehee...nak wat cemana..kakak ko nieh tengah kering..awal2 bulan dah kering hahahaaa...takpe..tunggu next month erk..Erm..kebetulan plak..masa aku balik weekend tue ada plak buat JOM HEBOH kat Kuantan..arrgghhh...balik nie mesti jam punya nak pergi bandar..tapi takpe lah..sekali sekala hehe....sambung balik cerita tadi..aku wit dia..bertolak dari PJ lebey kurang 10 lebey jugak..then we all sampai around 1.30 a.m..hopefully balik nanti tak jam kat tol....just jam sekejap kat persimpangan nak ke tol gombak..coz kat situ ada xcident...teruk jugak..3 bijik kereta tak silap aku yang xcident tue.. wira aeroback, kancil then wira..tatau ler sapa yang salah..coz apa yg aku tengok..wira aeroback ngan wira langgar depan..tapi yang remuk teruk wira aeroback tue..at right hand side..mmg abis ler..pintu..then aku teruskan perjalanan cam biasa..ramai gak yang berhenti tengok xcident tueh..on my way to Kuantan..dia mmg bawak laju kat LPT kalau tak 140-120 km..we assume takde roadblock kat area Temerloh...coz malam..hahaha then tanggapan kitorang salah..sampai kat temerloh b4 jambatan kene tahan..apa lagi parking ler ke tepi..haha tanya asal..melebihi had laju..kene speed trap 10 km dari roadblock tueh..melebihi 127 km...cesss...17 kil0meter jek lebey..padahal masa tueh dia bawak 140 km..haha aku dok sebelah tdo..tapi mata tetap ngintai meter berapa...ngelat jap...alamak..damn..kene saman..haha dia pun apa lagi..buat muka manis jek ler..nak kowtim ngan polis tueh..bukan apa..ada satu saman tak bayar lagi..last year punya..masa raya plak tueh..kene kat LPT..sampai surat cinta kat kampung..then..kowtim punya kowtim..hulur rm 50 kat polis tueh..hahaha walaupun salah sebab merasuah polis..takpe..janji saman satu lagi leh bayar..hahaha...the we ouls teruskan perjalanan cam biasa..cerita kat jom heboh plak..pagi sabtu tue..aku ngan kakak n adik aku together wit all combat2..anak sedara..pergi jom heboh..bawak anak sedara aku masuk pertandingan mewarna kat booth 'My TV3 Kid's'..tak menang pun dapat saguhati jek..at least dapat hadiah jugak..haha untuk pengetahuan sebenarnya itu lah 1st time aku pergi jom heboh..dulu sure heboh..dah tukor nama..ramai jugak ler personality tv yang jumpa kat booth masing2..aku tak lama kat sana..ari panas tak tahan ler sakit kepala..tengahari dlm kul 11 tueh..kitorang balik..balik lepak kat umah jek..nak berjalan2 pun malas..panas kat kuantan tue lain macam..tunggu my dear balik dari kerja..petang sabtu mmg takde xtvt sgt..malam tue jek keluar makan celebrate besday adik ngan boboy..ari ahad plak kitorang gie mandi waterfall kat Panching..best jugak..air dia sejuk..mmg menggigil aku mandi..kiotrang pergi pun dah petang..masa tu tak ramai sangat dah orang..air pun dah surut sket..so takde lah dalam sngt anak buah aku nak mandi kat area waterfall tueh..coz kalau pagi kat situ..air mmg dalam..silap2 sesapa tak tahu swim..boleh lemas..malam lepas magrib aku gerak balik KL..sampai kta tol Bentong dah start jam..aku tatau ler xcident kot...sebab ada kereta polis..then ada lah nampak tow truck kat tepi jalan...byk gak kereta tersadai kat tepi jalan..rosak sebab jam atas bukit..sampai ler kat genting sempah baru clear sket...sampai umah lebey kurang dlm kul 1 pagi..hahah kiralah berapa jam perjalanan tueh..elok2 3 jam pergi sampai berjam2 lamanya..kaylah..stop kat sini dulu..nak sambung wat kerja...hehehe c yaa...

Daisypath Anniversary Years Ticker