Wednesday, May 26, 2010

3rd Trimester preggy and my lil princess Nina

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi..aku masih berkesempatan dan bernyawa di saat kandungan aku menganjak ke 28 minggu. Kini usia kandunganku dah memasuki ke fasa 3rd trimester..perkembangan baby pun Alhamdulillah sihat..last week pergi buat ultrasound syukur sekali lagi..baby semakin aktif dan semakin besar..kini baby ku dah mencapai berat 1.09 kg...bila dah memasuki ke peringkat nie..pergerakan aku agak terbatas sket..tapi still aktif..baby kat dalam perut pun semakin aktif...sepanjang hari..setiap hari..aku merasai pergerakan..sampaikan senak perut aku dibuatnya..sakit pinggang..backpain..dah menjadi kebiasaan aku..bila usia kandungan semakin membesar..alhamdulillah juga aku dikurniakan kesihatan yang sihat sepanjang kandungan aku...tiada alahan..cuma kekadang tue badan terasa penat sangat balik dari kerja bila dah sampai rumah...kat rumah plak..cam biasalah berkelek ngan dak tecit sorang tue Nina...Nina dah pandai macam-macam sekarang..sekarang dia start learn a new words everyday...nakal..suka menyepahkan barang2 serahkan jek pada dia..tue kadang2 tue buat aku penat gak melayan kerenah dia..but the sweet thing dia  dah pandai sebut 'bebe' (baby) dan memahami dia akan ada adik tak lama lagi...dia dah faham bahasa..kalau suruh buat sesuatu  dia akan ikut cakap dan dengar kata..tapi yang tak tahan nya..bila dia start mengamuk..abis semua benda di baling..dibuang..tapi aku happy dengan perkembangan dia..NiNa setakat nie aku nampak cenderung ke perkembangan sebelah kiri..erti kata lain..nina kidal..apapun perkara yang dia buat mesti menggunakan tangan sebelah kiri..kadang2 tue makan pun tangan kiri...haih..anak...nak larang kang dia tetap buat  jugak..kaylah..nak sambung buat kerja plak..dah takde idea nak menaip apa dah..erti kata lain benornya maleh nak type n3 panjang lebar..kang boring plak korang baca...hik hik hik...

Tuesday, April 20, 2010

update last week

skang nie aku mengantuk tahap gaban..entah apa pasal mengantuk gila babas sangat ari nie..malam semalam nak kata tido lewat tak jugak...abis kitorang 3 beranak aku, hubby ngan nina membungkang depan tv semalam..last-last tv tengok kitorang...hahahaha penat punya pasal sampai x menyempat nak masuk lam bilik tido..kul 12 lebey aku tersedar baru kejut my hubby masuk tido lam bilik..
last nite g dinner dekat Sunway kat kedai My TomYam..terasa nak makan ikan bakar..aku rasa last menjejak kan kaki ke kedai tue last year kot tapi tak hengat bile...huhuhu..ikan bakar kat situ boleh tahan la..sedap..tapi takleh lawan ikan bakar kat Tg Lumpur, Kuantan hahahaha..selera dah ada..tang air plak mmg out la tak sedap langsung..memula tue aku order fresh orange..try rasa...Ya Allah..manis yg amat...camno la tukang buat air nie buat air..tak sedap langsung..aku komplen dengan pelayan kat situ soh kurang kan manis..2nd time aku rasa sekali lagi..manis jugak..hubby rasa pun manis jugak..then taste dia pun lain macam..hubby aku dah komplen..last2 aku mintak tukar air..nescafe ais..hhuhuhu pun tak sedap jugak..not really like pure nescafe..cam nescafe 3 in 1 jek aku rasa...demn betul la kedai makan nei..aku rasa pasnie memang tak pergi la kot kedai tu lagi...kalau nak makan area situ g kedai lain order ikan bakar jek..hahaha...lebey kurang lam kul 9 lebey baru sampai rumah..huhuhu penat dowhh...dah le weekend ritu schedule pack..after wat surprise birthday party for my dearest hubby terus kitorang gerak g Manjung, Perak rumah kaklong aku..nak pick-up mak aku balik Kuantan...huhu penat rasa badan x hilang lagi..bak kata ummi ajeem..."lasak betul mak buyung sorang nie.." hehehehe....
ooo yer cerita pasa surprise birthday party untuk my hubby plak..ekceli aku dah plan dah lama..nak buat surprise kat hubby masa birthday dia..aku tgk diz year tarik 17 April jatuh hari Sabtu..huhu senang le kerja aku nak buat surprise kat dia..tanpa pengetahuan my hubby..ahli majlis yang berpakat cam biasa la..yg telah menjayakan rancangan aku iaitu ummi ajeem & family, mama zayyad & family  and ayu & zizi family..ahli majlis yang lelain tak pat hadir kerana ada urusan masing2..takpelah..yg ada pun dah meriah..thanks to ummi ajeem kerana menyumbang tenaga masak pulut kuning and roti jala makan dengan kari ayam..to mama zayyad plak tolong bawakan and belikan birthday cake..aku plak..selaku ketua majlis..masak rendang ayam dan goreng menu..walaupun nampak simple tapi grand gak menu nya...nanti aku tepek gambar dekat facebook arrr..x sempat nak transfer masuk lam External HD..kepada ahli2 majlis yang telah menjayakan aku ucapakan jutaan terima kasih yang teramat sangat...aku rasa tanpa bantuan korang tak menjadi rancangan aku...to my hubby mmg dia surprise dengan event yg aku dah rancang ngan ahli2 majlis..masuk jek rumah terkejut jugak dia tgk ramai orang kat rumah..tak sempat dah nak bukak kek..coz hubby bukak pintu cepat sangat..sempat wish happy birthday jek..by all the committees..hahaha..apapun..aku enjoy and happy..walaupun badan agak kepenatan bertambah plak dengan keadaan aku yg tengah berbadan dua nie..huhuhuhuhu..apapun..thank's u'olls for the surprise party...len kali leh plan lagi yerk..hehehehe..kaylah chaos..nak sambung wat kerja plak...

Saturday, April 17, 2010

Happy Birthday HuBBy!!

 

Another year has passed for you, sweetheart..And once again, my love, I start to think
Of things about you I appreciate. It means so much to have you in my life. Your loving care fills up my days with pleasure. Your warm and giving nature helps create close, special times together that I treasure. Your easygoing ways mean that I'm blessed with peace and joy and blissful harmony. To me your birthday is a precious day..
To my dearest hubby..wishing u all the happiness in the world and lifelong..u mean everything to me. You are wonderful in every way and that's why i'll always be here for you..Happy Birthday my dear..luv u so much..





 









Tuesday, April 6, 2010

serba baru

alhamdulillah...hari nie masuk hari ke-4 aku di tempat baru..rezeki aku di sini...nak kata baru tak baru..lama tapi baru..coz...masa aku kerja sini dulu aku as a vendor..but now..i'm a staff plak kat sini..so jumpalah semula dengan user2 lama aku kat sini..masih ada yg kenal lagi rupanya..hehehe..semalam masa nak pergi lunch..terserempak la dengan user yang kenal aku..a bit confuse jugakla bila dorang nampak aku..hahaha..macam kenal...kikikikiki..

workload keje aku kat sini tak banyak beza ngan tempat kerja lama..since system yang UniKL pakai pun..x-vendor aku dulu yang buat..so itulah kerja aku sekarang..maintain balik apa yang ditinggalkan...1st assignment..aku kene tolong one of the staff to settle the review list yang panjang..and priority...after that baru lah aku buat kerja hakiki aku..kat sini aku kene independent sket la..coz tak semua staff yang tahu buat coding..a few staff only..but itu challenge pada aku once aku accept offer keje nie..hopefully..semuanya akan okay...4 tahun aku dengan IKCM banyak pengalaman yang aku dapat..so akan aku gunakan pengalaman yang yang aku dapat kat sana dengan kerja aku sekarang...insyaAllah..bos kat sini pun berharap aku dapat beri yang terbaik untuk the whole team..wah berat tue tanggungjawab yang aku kene hadapi..wish me luck kay...i'll give all my best...

kaylah..tue cerita pasal tempat kerja baru aku..dah lama aku tak update pasal my lil princess Nina..sekarang NiNa dah 1 thn 5 bulan..kejap jek aku rasa dia membesar depan mata aku...sekarang dah pandai macam-macam...seronok aku melihat perkembangan dia..dia dah pandai pegang pen/pensel dengan betul tapi dengan tangan kidal..anak mama nie kidal rupanya..ikut atuk and mummy dia..tangan kidal..luckyly rumah aku belum lagi jadi medan papan lukisan..hahaha..dia pandai tenyeh kat kertas jek...satu tabiat dia suka sangat mengoyak kertas..pantang nampak kertas...siaplah..abis di rabak kannya...buku yang aku belikan untuk dia..abis dikoyakkan nya..adui la anak mama..dah pandai sebut mama dan abah dengan jelas...and a bit words..yang bunyi hujung jek yang aku paham..hahaha...she's friendlt aso..suka berkawan..pantang nampak budak2 mesti dia akan datang dekat dan join sama bermain ngan dorang....kaylah...stop kat sini dulu lah..nak sambung buat kerja lak..kerja sedang menanti ku..later aku hapdet lagi kay..

Friday, March 26, 2010

countdown

tik tok tik tok...haha jam bunyi jam plak..right now..aku counting days..count down until end of dis month...a new life has begin..but i have to settle down first..wish me luck kay...

Thursday, March 25, 2010

Tag by Pn Nurul

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same!

Pn Nurul ..setelah di belek dalam photo folder aku..folder yang ke-8 title My Family and the 8th photo inilah yang aku jumpa...tadaaa....hehehehee...i like this picture...memang takde aku publish kat mana2 laman social aku..termasuk lah facebook...




apa menarik tentang photo nie erk..kay..chubby kan pipi ku itew...nie photo masa 1st preggy aku carrying my lil precious gurl NiNa..x silap aku picture nie masa aku preggy 7 or 8 months...tempat nya ialah di sunway pyramid..aku bawak family and my sista's outing ke situ sambil2 membeli barang2 keperluan baby..gambar nie hubby yg snap..on the way nak ke old wing sunway pyramid tue..kat butik Levi's..tapi gambar tue tak berapa cantik sangat la..ada goyang sket..tue yg blur2 jek tueh..so..dengan bangganya aku nak mengetag kawan yang tersenarai di bawah dan ditag di dalam notes nie..silalah jawab yer...simple tagging jek..dengan bangganya aku nak mengetag orang2 di bawah nieh :-
  1. Kak Ieda
  2. Nani
  3. Wani Husin
  4.  Cik Shanashaida
  5. sapa lagi
  6. orang lain dah tag
  7. sesapa yang nak jawab yang takde lam list blog aku pun boleh..
p/s: aci ke Pn. Nurul x cukup 8 orang..hanya mampu 5 sahaja..kekekeke..



Monday, March 15, 2010

Makan-makan di hari Jumaat


last friday aku ngan hubby makan pizza kat Giant Kelana Jaya..we try the new pizza Chunky Loaded seperti gambar di atas tew hokey..not bad the taste..tak muak sangat la makan...we ordering the set of chunky loaded and maverlous..we all berjaya habiskan pizza tue..selalunya..kalau makan pizza size regular tue mesti take away..one or two slice..hehe but dis time..berjaya habiskan that pizza...kepada yang terliur silalah mencuba..
ingredients...all topping is chicken/beef..diz time we all try chicken favor..maybe next time try yg beef plak...hehee..so enjoy...the set including the 2 glasses of Pepsi, 4 pieces garlic stick..the stick like a garlic bread but it's delicious, 2 soup of the day and one regular pizza chuncky loaded with favor chic or beef..memandangkan i nie preggy mama tak bley minum air Pepsi tue..so add another drinks..Mocha Frappe..wah wah wah wah..ice blended gitew...

Thursday, March 11, 2010

Tips mendidik anak

Tips mendidik anak nie aku terbaca lam one of the friend's list blog..tapi aku dah lupa kat blog mana..apapun credit to the owner of the blog for this tips. Tips yang berguna kepada paren
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

It's really u or??

Just to share with all my friends...

A = You can be very quiet when you have something on your mind.
B = You are always cautious when it comes to meeting newpeople.
C = You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D = You have trouble trusting people.
E =You are a very exciting person.
F = Everyone loves you.
G = You have excellent ways of viewing people.
H =You are not judgmental.
I =You are always smiling and making others smile.
J =Jealously
K =You like to try new things.
L = Love is something you deeply believe in.
M = Success comes easily to you.
N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
P =You are very friendly and understanding.
Q = You are a hypocrite.
R =You are a social butterfly.
S = You are very broad-minded.
T = You have an attitude, a big one.
U = You feel like you have to equal up to people's standards.
V = You have a very good physique and looks.
W = You like your privacy.
X = You never let people tell you what to do.
Y = You cause a lot of trouble.
Z = You're always fighting with someone.

It's really me or ...????

N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
R = You are a social butterfly.
H = You are not judgmental.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
S = You are very broad-minded.
N = You like to work, but you always want a break.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
W = You like your privacy.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
T = You have an attitude, a big one.
I =You are always smiling and making others smile.

Wednesday, March 10, 2010

Rumah Baru!

yuhuuuuuuuu...tetiba plak rasa nak tukar layout rumah nie..boring plak asik kaler hijo jek..so kali nie rumah i kaler merah gitew...garang you...disebabkan ari nie mood nak buat kerja tak berapa nak ada..so aku pun decide tukar layout kat blog i nie..so enjoy with my new home...hehehee..later i'll update xtvt sepanjang Jan sampai March hokey..terlalu lah banyak nak hapdet..tepek gambo jek aci tak..???hehehhee..kaylah...chaosss...
Daisypath Anniversary Years Ticker