Monday, March 15, 2010

Makan-makan di hari Jumaat


last friday aku ngan hubby makan pizza kat Giant Kelana Jaya..we try the new pizza Chunky Loaded seperti gambar di atas tew hokey..not bad the taste..tak muak sangat la makan...we ordering the set of chunky loaded and maverlous..we all berjaya habiskan pizza tue..selalunya..kalau makan pizza size regular tue mesti take away..one or two slice..hehe but dis time..berjaya habiskan that pizza...kepada yang terliur silalah mencuba..
ingredients...all topping is chicken/beef..diz time we all try chicken favor..maybe next time try yg beef plak...hehee..so enjoy...the set including the 2 glasses of Pepsi, 4 pieces garlic stick..the stick like a garlic bread but it's delicious, 2 soup of the day and one regular pizza chuncky loaded with favor chic or beef..memandangkan i nie preggy mama tak bley minum air Pepsi tue..so add another drinks..Mocha Frappe..wah wah wah wah..ice blended gitew...

Thursday, March 11, 2010

Tips mendidik anak

Tips mendidik anak nie aku terbaca lam one of the friend's list blog..tapi aku dah lupa kat blog mana..apapun credit to the owner of the blog for this tips. Tips yang berguna kepada paren
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

It's really u or??

Just to share with all my friends...

A = You can be very quiet when you have something on your mind.
B = You are always cautious when it comes to meeting newpeople.
C = You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D = You have trouble trusting people.
E =You are a very exciting person.
F = Everyone loves you.
G = You have excellent ways of viewing people.
H =You are not judgmental.
I =You are always smiling and making others smile.
J =Jealously
K =You like to try new things.
L = Love is something you deeply believe in.
M = Success comes easily to you.
N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
P =You are very friendly and understanding.
Q = You are a hypocrite.
R =You are a social butterfly.
S = You are very broad-minded.
T = You have an attitude, a big one.
U = You feel like you have to equal up to people's standards.
V = You have a very good physique and looks.
W = You like your privacy.
X = You never let people tell you what to do.
Y = You cause a lot of trouble.
Z = You're always fighting with someone.

It's really me or ...????

N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
R = You are a social butterfly.
H = You are not judgmental.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
S = You are very broad-minded.
N = You like to work, but you always want a break.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
W = You like your privacy.
A = You can be very quiet when you have something on your mind.
T = You have an attitude, a big one.
I =You are always smiling and making others smile.

Wednesday, March 10, 2010

Rumah Baru!

yuhuuuuuuuu...tetiba plak rasa nak tukar layout rumah nie..boring plak asik kaler hijo jek..so kali nie rumah i kaler merah gitew...garang you...disebabkan ari nie mood nak buat kerja tak berapa nak ada..so aku pun decide tukar layout kat blog i nie..so enjoy with my new home...hehehee..later i'll update xtvt sepanjang Jan sampai March hokey..terlalu lah banyak nak hapdet..tepek gambo jek aci tak..???hehehhee..kaylah...chaosss...

Monday, March 8, 2010

Hepi Birthday!

0803 - hepi birthday to my dearest Mak, anak buah kesayangan aku..BoBoy and another anak buah yang baru jek deliver semalam baby boy..my sis in law..dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Tanah Merah Kelantan. Kebetulan pada tarikh yang sama jugak..my old skul friend, Erin selamat melahirkan seorang bayi perempuan...hurm..Mac is bulan hari jadi...
kepada emak semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Anakanda mu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan di dunia dan di akhirat..Akak tak sempat nak celebrate birthday mak..nanti balik kuantan we gonna celebrate together with your dearest grandson BoBoy...tp boboy and my new nephew..yang still untitled named semoga kalian dikurniakan kesejahteraan dan menjadi seorang anak yang soleh kepada kedua ibu dan bapa..be a good boy kay..

Thursday, February 25, 2010

holiday mood again

holiday mood again..esok cuti lagi..sempena Maulidur Rasul. kali nie destinasi ke Bukit Merah Laketown Resort Perak family day my ofis. this is my last event for this company. after this i will at new place..new environment..new colleague..wish me luck kay. lately nie aku memang malas sket nak hapdet blog..banyak story sebenarnya..tapi malas nak type..hahahahaha..susah kalau dah dikurniakan penyakit malas dalam diri..just a bit story pasal myself plak..skang aku dah masuk 16 weeks preggy..alhamdulillah..semuanya okay..aku pun tak mengalami alahan yang teruk..erti kata lain mmg tak mabuk langsung..so takde masalah bagi aku..hurm..kali nie hopefully lah..dikurniakan baby boy plak..doa2 kan yer kawan2..next week ada checkup lagi..hopefully semua nya okay nanti..cerita my lil gurl plak..sekarang nie makin notty..dah pandai mengamuk...dah pandai melawan cakap mama dia..dah pandai memberontak..huhuhu...adoi la...anak oh anak..lepas tue suke jerit sekuat hati sampai nak terkeluar anak tekak..nina dah pandai salam kalau kita hulurkan tangan...siap cium lagi tangan mama ngan abah dia tiap kali salam..hehehe..so sweet...ada masanya..siap wat bunyik2 'mah mah'...hehehe..alhamdulillah..banyak jugak lah yang nina belajar bila duduk ngan bbsitter dia...kaylah..tatau nak type apa dah..nak sambung wat keje plak..chaos..len kali aku hapdet lagi yer...bubbye....

Tuesday, February 2, 2010

2nd Wedding Anniversary

02-02-2008 dengan 2 x lafaz...sah aku bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bertanggunjawab dan penyayang...hari nie 02-02-2010 genap 2 tahun usia perkahwinan kami melayari kehidupan berumahtangga di samping puteri sulung Salikin Amanina..to hubby...your wedding present will be open on August soon...tadaaa...surprise...i love you so much...semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan hingga ke akhirnya serta di sulami dengan ikatan kasih sayang yang berkekalan di samping cahayamata Salikin Amanina dan yang akan bakal lahir nanti...love u so much until my breath end....



Monday, January 11, 2010

New Year 2010 Post Update

ini adalah en3 aku yg 1st for year 2010..sedar x sedar sudah 11 hari kita menginjak ke tahun 2010..azam tahun lepas pun rasanya x tertunai lagi...and nak tambah azam baru plak tahun nie..but for me..tiada azam untuk tahun nie..coz kene langsaikan lu azam tahun lepas yg tertangguh..hahaha..
kaylah..update tahun baru..

My Wedding Prezzie in 'Advance'...
korang mesti tertanya2..apa prezzie untuk my 2nd wedding anniversary  on this coming 2nd February..jeng jeng jeng jeng...this prezzie..for my hubby oso..

*




*




*



*


*

*



*


*



i'm getting pregnant again for my 2nd baby's..Alhamdulillah....syukur...semua nie rezeki dari Allah..sebenarnya..aku dah tahu end of December lagi..b4 Christmas..sajek malas nak publish lagiks..buat pekasam hahhaaa.....then..today baru decide nak reveal...masa aku wat pregnancy test tue..aku dah pregnant 6 weeks..and today...my pregnancy already 9 weeks...to all my friends..yang sering menjadi tanda tanya ngan status aku kat FB...this is the answer...


Thursday, December 24, 2009

long weekend..

esok cuti panjang..what my plan..?tonite..we're going off to Kuantan balik kampung aku...hehehe seronotnya..dapat jumpa semua..kali nie all family berkumpul..what a havoc la nanti..mesti meriah..hajat nak buat post-celebration birthday nina dengan family x celebrate lagi..masa on birthday...celebrate dengan kawan2 nya..abg ajeem, alya, zayyad and nina..tp x tau la jadi ke tidak..apa pun nanti aku hapdet yer..
just a few days ago..aku mendapat berita yang gembira..alhamdulillah...apa berita gembira tue..nanti aku cerita yer..nak cerita skang nie..panjang lebar la plak..maleh nak type en3 panjang2..huhuhuhu...
update pasal dak tecit NiNa plak..sekarang NiNa dah masuk 1yr 1mnth 24 days..means..dah nak masuk setahun dua bulan..sekarang NiNa dah dapat kaki..kemain laju lagi berjalannya..dah nak berlari plak..semakin hari semakin notti..penat mama ngan abah melayannya...dia dah pandai geleng2 kepala..kalau kasik susu..kalau dia tanak dia akan gelengkan kepala. dah pandai tekan/mencabut barang2 terutama sekali kalau dok lam kereta..dia pandai tekan aircond button, cabut aircond adjustment(kalau kereta proton wira dorang tahu la apa benda tueh..kikikiki..), bukak dashboard, change channel kat remote astro..hadui..macam2 lagi la dia pandai buat.mulut tue dah semakin bising..ske bebel sensorang..ntah apa bahasa daa yg dicakapnya..mama pun x paham..layan kan aje..dah pandai marah plak skarang nie..jgn sesekali amik barang2 yg ada pd tangan dia..atau larang dia buat sesuatu yang dia suke..haaaa siaplah..di amuknya..sungguh garang anak mama..(menurun perangai mamanya kot)..kaylah..nanti aku hapdet lagi pasal dak tecit Nina yer..kalau ada new development..
ari nie kat ofis..semua jadi tikus..bos tarak..yihaaa...yibaaa..yibaaa..angreee..angreee..naka balik awal ari nieh...malam kang nak balik kampung plak..kaylah..choas...adioss...


Thursday, December 17, 2009

Awal Muharam - selamat tahun baru


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahun

doa-akhir-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun
doa-awal-thn0.jpg
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


credit to Syed Ashadi blog for this doa.


Daisypath Anniversary Years Ticker