Wednesday, July 15, 2009

Al-Fatihah...

mesti korang pelik kan ngan tajuk n3 aku tue dah lama tak hapdet blog tetiba jek title n3 Al-Fatihah...bukan aku saje taknak apdet blog..banyak benda sebenarnya aku nak story...tp lately nie malas sangat nak type n3..so berkubur jek la hasrat tue..paling kurang pun jadi draft jek la lam list posting aku..hehehe..
Malam 14 July 2009..mak dapat call dari Umi mengatakan yang Wan Ngah aku dah menghembuskan nafas terakhir jam 1030 malam..Innalillah...aku tak terkejut sangat dgn berita permergian arwah..coz ari ahad tue aku satu family rushing balik KL tengok Wan Ngah aku kat Seri Kembangan..area Taman Equine. Pagi Ahad tue terima call dari Umi mengatakan...yang Wan Ngah keadaan nya agak tenat...baru-baru nie WanNgah warded kat Putrajaya Hospital 10 hari coz disahkan mengidap bengkak hati...masa aku datang melawat ari tue..keadaan mmg agak sedey coz...kaki semua dah bengkak and sembap..perut buncit...tak sanggup rasa aku nak tengok..aku dapat bayangkan betapa peritnya WanNgah menanggung kesakitan..memandangkan umur WanNgah yang dah lanjut..10 hari warded kat hospital..doktor tak buat anything pun..so all the son's and daughter decide nak bawak balik ke rumah..doktor benarkan..maybe doktor dah tahu yang hayat Wan x lama agaknya..that's y dorang tak buat pape pun..mengikut cerita anak bongsu arwah,aku panggil Cik 'Ah sebenarnya penyakit arwah ni datang balik..dulu pernah sekali kena masa tahun 2004 x silap aku...tapi batu lam hempedu tak dibuang coz keadaan tidak mengizinkan kerana usia dah lanjut..that's why penyakit tue datang balik coz batu still ada lam hempedu...rezeki kami satu family dpt tengok arwah buat kali terakhir..selang dua hari dapat berita yang arwah telah pergi buat selama-lamanya...Amin...arwah selamat dikebumikan pukul 1 tengahari hari Rabu di Masjid Seri Kembangan..semoga Allah mencucuri rahmat ke-atasNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Al Fatihah...




Wednesday, July 1, 2009

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan? Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya. Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun. Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam. Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

Artikel nie my hubby yang send kat aku thru' email. So aku nak share ngan korang semua. Semoga mendapat pengajaran darinya..sama-samalah kita...


Sunday, June 14, 2009

NiNa with my hubby's niece Nadia

Gambar nie aku snap masa 1st day sampai kampung..dah besar dah Nadia..almost 4 months x jumpa..Nadia dah nak merangkak..dah pandai nak angkat montot..nak merangkak..NiNa plak baru2 nak belajar..nak angkat montot malas..hehe berat badan agaknya..

n3 kali nie nak hapdet pasal balik kampung hubby last 2 weekend..on 060609..kebetulan balik sana ada opismate kawin on that day..so boleh la pergi..kenduri kawin kat Melor, KB...samapi KB around lam kul 2.00 ptg..masa sampai rumah panten tue..panten x bersanding lagi..tengah get ready tunggu panten laki sampai..hehehehe..so aku pun g makan dulu..around kul 3 lebey camtu kitorang gerak balik KK..lepas panten dah bersanding..lam kul 4 lebey camtu baru sampai kg hubby..adus penat...sib baik la jalan x jem..coz balik ikut Pahang..kalau balik ikut Kay Ell tu tatau le bila sampai..aku kat kampung sampai ari Isnin..Selasa pagi dah gerak balik Pahang semula..amik AL 2 ari..Alhamdulillah..balik kali nie..NiNa okay..tak nangis2 dah cam masa mula2 balik dulu..hehee..baik dah anak mama..lagipun NiNa dah besar..mana leh nangis..takde xtvt sangat aku balik kampung hubby..musim panas..siang tak yah cakap la..panas sepanasnya..x hujan dah berapa ari..kesian kat NiNa la..abis badan naik ruam2..kulit dia tak tahan kalau panas..mesti naik ruam..aku sendiri pun tak tahan panas..niekan plak budak kecik..hurmm...kali nie balik x gie memana pun..duk rumah jek..just gie bandar Kuala Krai..beli beras yg mak kirim..mak kalau tiap kali aku balik Kelantan mesti kirim beli beras..hehehe...hajat nak gie KB gak..tapi..memandangkan musim cuti sekolah nie..and ada kawan hubby cakap..KB jammed cam balik raya..terpaksa lah lupakan hasrat nak gie sana..malas..nak meredah jammed lagi..huhu..x rela I..hua hua hua..kaylah..sampai kat sini jek ler..len kali hapdet plak yer..







Friday, June 12, 2009

my baby you....

as i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone
my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground
i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all
i feel so alive

n3 nie aku tujukan kat hubby tersayang..tatau kenapa bila dengar lagu nie aku teringat kat hubby..miss him so much..nina also missing you...i knew that u also missing both of us...i know how do you feel when both of us far from you...

Friday, June 5, 2009

award from mama alya a.k.a. aliz mie






award nie aku received dari mama alya adriana ..thanks for the award yang sangat cute and adorable..hehehee..rasanya..award no 2 ada tag yang kene jawab..cam hutang tag jek lagi tidak berjawab..aci tak kalau tak jawab..kikikiki..amik award jek...aci la yer mama alya..to all my friend list lam bloglist cerita kengkawan mama nina..sila lah amik award yer..


Thursday, June 4, 2009

update..

ari nie nak curik masa kejap update blog..dah lama aku tak membelogkan diri..kerja datang dan pergi..tak abis-abis..aduh pening kepala aku..nie pun tadi baru lepas abis testing ngan user..alhamdulillah..dah abis satu part..semua screen test accepted..buat pertama kalinya..ada satu screen jek aku kene buat changes..tak kesah lah..x major pun..tue pasal kerja...

aku nak update sket pasal anak dara aku sorang tue..nina dah 7 bulan sekarang..kejap jek rasanya...last checkup ari tueh..timbang berat dia dah 7 kilo..alhamdulillah..makin nembom anak mama sorang nie..bak kata aunty sue.. "waa...drumstick nina...geramnya unty tengok.." hahahahaha...so..paham2 sendiri jek ler..betapa tembamnya anak dara aku sorang tue..leh lawan ngan member dia sorang lagi...bb alya adriana...hehehehe.. nina sekarang nie dah pandai buat pusingan 360 degree..kalau tiarapkan dia or letak dia kat atas tilam tue..merata pulak perginya..kadang tue ada lepas bawah kerusi..perkembangan terbaru plak..dia dah pandai 'mereverse' plak..nak merangkak dah anak mama...siaplah kalau dia dah merangkak nanti..abisla...tak menang tangan la jawabnya..yang aku nak suka..balik dari KL ari tue la..last weekend..aku letak dia kat bawah..nengok dia dah pandai angkat badan tinggi pastu..sket-sket..reverse ke belakang..sekejapan..separuh badan dah lepas bawah sofa..hahaa..terpaksa la aku tarik dia keluar..kalau tidak ada lekat kat sofa tue..tue pun dia berusaha gak mereverse lagi..sikit hari lagi tue..menyusur ke depan plak..pastu merangkak..hihihi..waa tak sabar mama nak tengok nina merangkak... :X

weekend nie aku balik kelantan..kampung hubby..dah lama tak balik sana..tok ayah nina pun dah rindu gaknya..dah lama sangat tak balik..last balik pun masa raya cina..kebetulan abang ipar aku kawin..camne la agaknya nanti nina balik sana..masa last balik aritue..nina baru 3 bulan lebey..hehe..skang dah 7 bulan dah..da besa dah...takde nangis2 dah..cam balik dulu tue..hehehehe...kaylah..ada masa nanti aku hapdet pasal trip balik kelate yerk...



gambar nie aku snap masa kat rumah sue..nina dok lam walker ajeem..ajim dengki kat nina sebab duk lam walker dia..hihihi..


yah yah...kenapa tak pergi nie..eeeihhhh..


tengah ralit tengok iklan kat tv


bulatnya mata dia...


Wednesday, May 27, 2009

aku sangat busy..

aku sangat busy sekarang..nak hapdet blog pun xde masa..banyak benda nak kene kejar..projek dah drag..huwaaaa...aku tamau bermastautin selamanya kat sini..sian kat hubby..tadi dapat schedule..next week mmg aku busy tahap gaban tak gila jek lagi....3 hari deret ada session ngan user..aduhh...ya Allah tabahkan lah hati hambamu ini untuk menghadapi segala dugaan...Amin..
untuk menghilangkan kebuntuan di fikiran meh aku tepek gamba my little princess NiNa untuk tatapan korang semua..

                                       NiNa tengok ikan..                                                   

aksi ganas bila time tido..

hai..nama saya NiNa..

hurrmm...sedapnya..yummy..yummy...

cun x saya..hehee..


eeeeee....geramnya....







Friday, May 15, 2009

Prays for today...

Ya Allah, 
The lady reading this
is beautiful, classy and 
strong, and I love her. 
Help her live her life to the fullest. 
Please promote her and cause her to excel above her expectations. 
Help her shine in the darkest places where it is impossible to love. 
Protect her at all times, lift her up when she needs you the most, 
and let her know when she walks with you,
She will always be safe. 
Amin Ya Rabbal Alamin..

Thank you to Huda Muhamad for giving me this quote..to all my friends and bloggers i dedicate this quote to all of you that always in my heart....may God bless you...Amin....

Monday, May 11, 2009

Pertemuan..

Ari ahad baru nie g melawat baby Dani kat Lanchang..mama Dani ajak pergi ari Sabtu coz ada cukur jambul baby Dani..tapi tak dapat nak datang coz hubby pun baru sampai pagi sabtu tue..so decide pergi melawat ari Ahad...kitorang sampai Lanchang lebey kurang kul 130 camtue..gerak dari Kuantan kul 11 lebey..singgah beli present Dani then gerak g Lanchang.

Dah lama sangat tak jumpa ngan hot mama Arif && Dani..last jumpa masa Arif umur 3 bulan kot..masa tue aku baru jek pregnant..think lam 3 months kot..so ari ahad baru ni plak dapat jumpa semula ngan Ain & family..haisshhh..sihat betul Arif...dulu masa jumpa kecik jek..bila jumpa ari Ahad ari tueh..semangat..kata mama dia..15 kg..aku dukung pun tak larat..hehehe..masa aku, hubby n puteri aku NiNa sampai tueh Dani tengah tido..kemain lagi lenanya tido..kepala dah botak..kikikikii...tomeynya...geram teng0k bb Dani tido masa tueh..arif takde masa aku sampai..kata mama dia..ikut atuk g tangkap ikan..haii...menangkap ikan plak..hero sorang lagi tueh...mama Ain plak sibuk main2 ngan NiNa..geram katanya..hihihihi..nie 1st time mama Arif & Dani jumpa ngan bb NiNa..dak tecit tue suke sangatlah kalau orang melayan dia..sengeh memanjang..sikit tak meragam..hehehe..senang aku bawak berjalan..tak banyak ragam..alhamdulillah..baik anak mama..

Sampai2 tue Ain ngan hubby ajak makan tengahari plak..hurmmm dah terhidang atas meja..hehehehe..lepas siap makan..lepak2 kejap..main2 ngan bb Dani..tak lama lepas tue..Arif ngan atuknya pun sampai..terkejut aku tengok Arif dah besa..rasanya 2 kali ganda masa aku jumpa dia dulu..hehehehe..semangat sungguh..mama Ain sibuk snap gamba Nina ngan Arif and Dani..hehehehe..so aku tepek gambar bb NiNa with Arif && bb  Dani untuk tatapan semua..


NiNa with Abang Arif (courtesy from mama Ain fb)


NiNa with bb Dani (courtesy from mama Ain fb)

Aku gerak balik Kuantan lam kul 230 camtue..coz petang karang dah janji ngan nenek dia..nak g melawat moyang NiNa plak..kat sana..dah lama NiNa tak jumpa ngan moyang dia..lam kul 5 aku sampai rumah...lepas siap solat Asar..gerak g jumpa moyang NiNa plak..kat rumah makcik aku..kat Inderapura..hehe...ari Ahad adalah hari jalan2 NiNa...malam tue kepenatan tido..hehe..sian anak mama..penat yer g jalan2 weekend ari tueh...


Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day..

A woman has strength that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burden. She holds happiness, love and opinion. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid. Her love is unconditional. There's only one thing wrong with her, she sometimes forget what she is worth..

Kepada emak dan ma my MIL..selamat menyambut hari ibu..pengorbanan yang kalian curahkan dalam membesarkan kami selama ini..tak ternilai dan tiada tandingannya..jasamu...sentiasa tersemat di sanubari seorang yang bergelar anak..semoga kebahagiaan dan kesejahteraan akan mengiringi kehidupan kalian...

Kepada semua wanita yang bergelar ibu, emak, mama, ummi, ma, mummy..selamat menyambut hari ibu..syurga di bawak telapak kaki seorang yang bergelar ibu....


Daisypath Anniversary Years Ticker