Healing Crisis
|
Possible Reasons/Causes
|
Lethargy, sleepiness
|
Acidic body, poor liver function, over exhausted, need more rest
|
Headache, heavy headed
|
High blood pressure, sign of detoxification
|
Fever, slight fever, restlessness
|
Increase metabolism, stimulate body immune function
|
Diarrhea, increase bowel movements, passing out a dark, smelly stool, foul-smelly urine
|
Sign of detoxification, accumulated waste and residue in the colon
|
Flatulence, gassy stomach
|
Poor digestive system
|
Break out, rashes, itchy skin, bad sweat, mucus secretion, dandruff
|
Poor liver function, poor colon health and elimination system
|
Mucus production such as, phlegm, running nose
|
Poor lung function, passing out phlegm is also a sign of detoxification
|
Nasal bleeding
|
May be a sign of anaemia
|
Muscles and joints are aching and pain
|
Acidic body, toxins accumulated at the affected area
|
Increased pain in affected part of body
|
Speed up the healing process
|
Insomnia or hyperactive
|
Poor nervous system
|
Irregular period, changes in period, itchy bottom, increased mucus secretion
|
Hormonal imbalance, in the process of hormone regulation
|
Bleeding with bowel movements
|
May be haemorrhoid
|
Dizziness, hunger
|
Hypoglycemia, anaemia
|
Nausea, constipation, hiccups
|
Poor digestive system, liver problem
|
Slight edema (swelling)
|
Kidney problem
|
Setiap manusia melakukan kesilapan, dan melalui kesilapan juga kita belajar erti kehidupan sebenar..kerana pengalaman diri kita menjadi dewasa untuk hari ini, esok dan selamanya...
Monday, December 9, 2013
Friday, November 29, 2013
Go Green With Shaklee
I'am Shaklee Independent Distributor
SID: 1083869
Email : norhasnawati@gmail.com
PM/Whatsapp : 0122625147
Sunday, February 3, 2013
Wedding Anniversary
February 02 2013...
Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang 5 tahun bermacam dugaan dan rintangan yg kami hadapi. Alhamdulillah kami masih lagi teguh bersama atas ikatan yang terjalin ini. Di usia lima tahun kami dikurniakan dua orang puteri yang comel dan semakin membesar. Di usia mereka seawal ini betul2 mencabar dalam membesarkan mereka berdua. Semakin petah bercakap, berkata-kata dan selalu jugak bergaduh dan bertengkar adik beradik. Us as a parents , perlu bijak dalam menangani segala masalah. To us, aku bermohon agar ikatan yang terjalin ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa serta sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Berikan lah kami petunjuk dalam membetulkan kami ke jalan yang Kau redhai..dan berikanlah kami kehidupan yang baik atas landasan yang Kau redhai Ya Allah...kuatkanlah iman kami dan jauhi lah kami dr segala kemungkaran. Amin Ya Rabb...
To my beloved hubby..i'am always love <3 you till my breath end...kadangkala aku bukan wanita dan suri yang sempurna di mata mu sayang..seringkali dan adakalanya lalai dalam menunaikan tanggungjawab..semoga dirimu dapat membetulkan apa yg silap dan salah..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang jahat itu datang dari diri kita sendiri...
Friday, January 25, 2013
2013 is coming
![]() |
| #BBIM Kelana Jaya |
Wednesday, July 25, 2012
Ramadhan 1433H
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Wednesday, March 21, 2012
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Thursday, July 28, 2011
Harapan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
:: buat semua yang mengenali diri ini ku hulurkan tangan mohon ampun dan maaf andaikata ada salah dan silap dan terkasar bahasa..semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan Terakhir buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.. ::
Wednesday, July 27, 2011
Happy Birthday to me...
Wednesday, July 13, 2011
: :Andai ku Tahu : :
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
bila ku hayati bait² lirik lagu nie sebenarnya memberi peringatan kepada kita semua termasuk diri aku sendiri..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T... kita sebagai hambaNya seharusnya sentiasa bersedia..tidak esok..tidak lusa...kita harus bersedia menghadapi segala kemungkinan..sesungguhnya aku belum bersedia..Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...andai ku tahu....
Thursday, July 7, 2011
My dearest princess
layan latest gambar my dearie Aqilah..
Friday, April 1, 2011
:: No TiTLe ::
-Quick Update-
NiNa dah pandai bercakap sekarang...adalah 2 3 suku kata yang keluar dari mulut dia..sangat2 la noty...kadang2 suka buat adik dia..geget la..pukul adik dia..haishhh..kadang2 boleh dibuat kawan adiknya..elok main sama-sama..tue time mood sebagai kakak datang la kan..sangat susah nak makan nasi...kalau bagi makan nasi ngan lauk..confirm lauk jek yg dimakan..nasi tak makan..the wording always come out from her mouth is.."mandi tulam..." that's mean nak mandi swimming pool..hai anak mama..kalau boleh hari2 dia nak mandi kolam..x boleh la sayang...hari mama dan abah berkerja..x boleh..just on weekend only...
Qilah..dah nak masuk 8 bulan on 7 April..dah pandai merangkak..exploring her world..mama sangat2 la penat nak mengejar nya..she's start mengutip benda2 halus yang ada kat lantai..then masuk mulut..alahai anak mama...and now dah start belajar nak duduk plak..gigi..?? tak tumbuh lagi..suka makan bubur..kalau kasi makan tue...confirm masuk 4 jari dia makan sekali...hahaha..sangat comot occay!! tak suka duduk dalam walker..kalau letak dia lam walker..bout 15 -20 min..sure dia menjerit2 nak keluar..x suka dikurung camtue..dia lebih suka meniarap macam askar nerayap satu rumah..tempat febret dia suka dok kat ceruk meja makan..kat situ ada cabel plug yang Abah dia selalu charge phone..kalau dia hilang dr pandangan mama...mama dah tahu nak carik kat mana..hehehe...situlah perginya...
kaylah..tunggu next update plak..ntah bila la yerk..ari nie saja gatal tangan nak hapdet blog...kaylah..nak buat kerja plak..
Wednesday, October 20, 2010
Kelahiran Part 2
Thursday, October 7, 2010
Kelahiran Part 1
Ari nie aku masih lagi bekerja seperti biasa. Memang aku plan x amik cuti maternity leave awal coz aku tak confirm kerja lagi so AL memang xde. Malam tadi aku memang dah start rasa mild contraction. Tidor pon x lena. Kejap-kejap rasa contraction tapi x kerap. So aku biarkan jelah sebab tak rasa sakit sangat..masih boleh tahan. Pagi kat ofis cam biasa..aku settlekan kerja aku sebelum aku cuti panjang. Nanti takde la pending kepada staff yang akan cover keje aku masa cuti bersalin nanti. Segala user change request aku dah settlekan awal2. Just tinggal mana yg pending jek..alhamdulillah..siap jugak before aku bercuti panjang. So nanti takde la aku pikir pasal keje masa cuti nanti. Memang aku expect aku akan deliver awal..sebab tue aku settlekan segala mala kerja. Bila kandungan dah minggu akhir2 nie..teman setia aku adalah En Tan…hehe aka toilet la. Aku memang kerap buang air kecil. Around kul 11 pagi masa aku nak buang air kecil ada spotting cam darah. Aku dah cuak jugak la..tapi still control lagi. Tapi aku berasa ragu2 jugak. Aku tanya Sue thru YM yang aku ada spotting. Sebab seingat aku masa dia nak beranak Ajeem dulu dia turun darah dulu. Sah! Confirm mmg turun darah. Sue dah cuak2 dah ym ngan aku. Dia suruh terus g sepital. Call my hubby pasal dah turun tanda. Ada ke patut hubby soh aku g GH..huhuhu kalau di beri option GH adalah last choice aku. Takmo aku g sana..sesak..dalam pada tue aku still berym ngan ummi ajeem. Around kul 12 lebey hubby pon sampai kat ofis aku. on the way nak ke ofis aku traffic jam katanya kat Federal Highway..biasalah ari Jumaat orang semua sibuk nak g semayang Jumaat. hubby sampai jek terus kami ke HUKM. Around kul 2 petang kitorang sampai kat HUKM. hubby drop kan aku kat Emergency O&G sementara dia g cari parking.
2.15 p.m
sampai kat emergency O&G aku terus ke kaunter untuk pendaftaran. staff yang bertugas tanya pada aku kenapa. aku cakap ada spotting darah. staff yg bertugas mintak aku duduk dulu sementara dia mendaftarkan aku. tak lama tue aku nampak staff bawak file biru. aku memang dah booking untuk deliver kat HUKM. so senang la kalau dah sakit camnie..dah ada rekod kat situ. Around 5 minit pastue aku dipanggil masuk bilik pemeriksaan. aku dipasang CTG kat perut untuk dengar heartbeat baby...nurse cakap sekurangnya dalam sejam pasang benda tue..dalam kul 230 petang doctor pun sampai. Doktor tue check graf CTG..dia cakap heartbeat baby laju sangat..dehydrate katanya..kene masuk air...tak lama pastu datang nurse nak cucuk tangan aku untuk masuk air..aduh dah lama x kene jarum nie..aku x selesa sangat kalau baring melentang sakit belakang..kejap2 dok pusing nak selesakan diri sambil CTG masih lagi kat perut aku..selang beberapa minit nurse datang check graf CTG..barulah okay..katanya baby awak lapar agaknya..huhuhuhuu...Masa aku kat dalam bilik pemeriksaan tueh aku dengar suara hubby dr dalam bilik call gtau parents aku ngan FIL yang aku dah kene admitted..sms takyah cakap la..tot tet tot tet berbunyik...hehehe..mana taknya hphone aku pada dia..around pukul 3 lebey camtu doc sekali masuk check CTG graf..and nak check 'jalan'..aduh kene seluk...dah le doc cina laki..segan aku dibuatnya..nurse yg bertugas dah sediakan alat2 nak check 'jalan'...dia suruh bukak apa yg patut untuk check jalan. aku dah gerun dah..pengalaman 2 thn lepas masa sakit nak melahirkan NiNa mula terbayang2..huhuhu..doc dah start nak seluk nak check 'jalan'...doc cakap sakit skit yerk sebab saya nak buka jalan..masa memula dia seluk tue jalan dah bukak 2cm..huwaaaaaaaaaaa sakitnya kene seluk...menjerit aku dibuatnya masa doc seluk nak buka jalan...doc pun cakap jalan dah bukak 3cm..so you admit dulu yer..dah settle tueh..nurse pun cabut CTG then dia suruh aku tunggu kat luar untuk kemasukan wad. Hubby aku pergi settlekan bil untuk admit sementara aku tunggu kat situ. Perut aku dah berbunyik2 lapar. mana xnya..aku x makan tengahari lagi masa tueh. hubby tanya aku nak makan apa2 tak. aku suh dia belikan aku roti ngan air at least leh alas perut aku yg lapar.
4.00 p.m
Aku dah kene admitted. Nurse dah amik wheel chair nak hantar aku ke wad. tunggu hubby jap beli makanan then baru gie wad. Aku dimasukkan ke wad 1B Delima katil no 17. Sampai kat wad aku kene tukar baju yang disediakan..haha baju hospital lah..apa lagi..kaler pepel..dah settle semua..barulah hubby balik rumah. lepas aku dah tukar baju baru hubby balik..aku dapat sms dari sue tanya keadaan aku. aku reply balik yang aku dah admit..dia cakap pas ofis hour nanti dia singgah nak jenguk aku. lagipun ofis dia dekat dengan HUKM. Mak kol aku tanya keadaan aku camne. dia suruh aku banyak2 bersabar sebab aku turun tanda kembar darah. turun tanda kembar darah memang sakit...sakitnya camne aku pun tak tahu..Ya Allah..engkau permudahkan segala perjalanan proses bersalin aku nanti...Amin..around pukul 6 lebey Sue ngan Man pun sampai. masa dorang sampai hubby aku x sampai lagi..lambat sket katanya beli barang kat pasaraya. Lebih kurang dalam 15 minit lepas Sue n Man sampai hubby aku pun sampai bawak barang2 keperluan aku di wad. Masa nie contraction x rasa sangat lagi..sakit datang kejap2 jek..kejap2 keras perut aku...tapi aku still maintain lagi..around kul 7 camtu dorang pun balik coz nak amik Ajeem plak..sian plak dia tinggal lelama kat sekolah..rindu pada anak aku Nina mula menusuk kalbu..yerlah satu hari tak jumpa dia..selalunya balik keje mesti aku peluk cium dia. aku tanya hubby NiNa x cari aku masa sampai kat rumah. hubby aku cakap..dia tercari2 jugak coz nampak handbag aku jek..mama nya takde..sayu jek hati aku bila hubby cakap camtu..oh yer..masa hubby kat hospital datang hantar barang aku Nina tinggal ngan nenek dia...emak aku dah 2 minggu tinggal ngan aku sementara menunggu aku bersalin..dan 2 minggu jugak lah Nina tinggal ngan nenek dia..masa aku g keje..rindunya pada NiNa..rindu dengan gelagat dia..gelak tawa dia..pengubat rindu aku hanyalah dengan menatap gambar dia dalam handphone aku...time melawat pun dah abis hubby pun nak balik..tapi dia solat magrib dulu..mulanya dia nak stay gak kat hospital sampai aku bersalin..aku cakap x payahlah..coz aku pun tak rasa sakit sangat lagi..biar hubby tunggu kat rumah jek..so apa2 hal aku call jek dia nanti..handphone jek la satu2nya peneman aku utk berhubung ngan hubby dan emak aku...apa lagi yang aku nak buat time2 camni tidorlah..tapi nak tidor pun x lelap sekadar baring2 jek atas katil..x lama tueh doc pun datang buat lawatan..nampak cam doc pelatih..doc check rekod katanya dalam kul 8 nanti nak check 'jalan' dah bukak berapa cm..aduh kene seluk lagi..haishhhh...
8.00 p.m
tengah aku baring kat katil nurse datang cakap doc nak check 'jalan'. Nurse mintak aku pergi ke bilik pemeriksaan. kali kedua aku kene seluk..adus..sampai kat bilik pemeriksaan nurse suh aku baring...x lama pastu doc pun sampai. nurse yg panggil aku tadi dah siapkan alat2 untuk menyeluk...haish doc lelaki lagi...zrasssssssss..doc dah seluk nak check 'jalan'..still 3cm lagi dari petang tadi...aduhai la..lamanya nak bukak jalan..dah le sakit plak tue masa doc seluk..kul 12 nanti check lagi sekali yer..kata doc..means 4 jam sekali aku akan kene seluk selagi jalan x bukak utk membolehkan aku masuk labor room..pas kene seluk tueh aku balik semula ke katil...aku dah start rasa contraction tp x sekerap mana...still boleh tahan lagi..dok kat wad bukan nya boleh buat apa..awal2 lagi aku dah tido. sebenarnya bukan aku tido sangat sekadar melelapkan mata yerlah dok tahan sakit yg kadang2 datang...mak call aku tanya keadaan aku camne..dia suruh aku banyak2 bersabar dan bertawakal..masa aku tengah tido tueh nurse yg shift malam kejutkan aku. katanya doc nak check jalan lagi. aku tengok jam masa tuh dah pukul 12 lebeh...aku pun bangun pergi ke bilik yg sama tadi...sekali lagi kene seluk...untuk yg ke 3 kalinya...aduhhhhh...jalan x jugak bukak2..still 3 cm lagi....huwaaa...lamanya....aku pun balik semula ke katil sambung tido...malam tue memang aku x lena tido..sakit makin kerap..nurse pesan kalau sakit selang 5 minit bagitahu nanti doc check jalan...mula2 tueh contraction selang 10 minit..makin lama makin kerap..selang 5 minit..setiap kali sakit aku tgk jam..memang aku tak boleh tido malam tue sampai lah ke pagi..kalau tido pun tidor2 ayam jek..sekadar melelapkan mata menahan sakit...setiap kali contraction setiap kali tue aku menahan sakit sampai merekot kadang tue...tak tahan sangat..Ya Allah...kau berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi dugaan ini...proses beranak untuk 2nd baby nie..memang betul2 menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu..segala mala tanda nak bersalin tak kuar...turun air ke..turun darah ker...memang takde..hanya contraction jek yg aku rasa..itu yang membuatkan aku bertambah sakit...dah hampir 12 jam aku sakit tapi tak jugak ada tanda nak beranak...
to be continued....


